Wednesday, January 16, 2013

DAFTAR Paypal,CARA Verified akaun paypal,CARA TRANSFER WANG GUNA MAYBANK2U


Apa itu PayPal?
PayPal....salah satu alat pembayaran menggunakan internet untuk membuat pembelian online atau menerima duit. PayPal banyak digunakan untuk urusan jual-beli dan dijamin selamat. Selamat yang dimaksudkan adalah tanpa perlu mendedahkan nombor kad kredit atau maklumat kewangan kita. Dan korang beli barang eBay dengan gunakan $$ yang ada pada PayPal ANDA!

Kelebihan menggunakan PayPal

Cepat - pembayaran dibuat serta-merta (serta merta, kurang 2 minit) 
Privasi - PayPal tidak mendedahkan maklumat kewangan kepada penjual. Global - PayPal diterima hampir kesemua negara di dunia ini, ia juga boleh digunakan untuk membuat bayaran pada peringkat tempatan ataupun antarabangsa. (gunakan dengan hemat di eBay!) 
Mudah - Menghantar wang / Membuat pembayaran dengan hanya berberapa klik sahaja. (jangan salah klik pulak, duit tu) 
Dipercayai - Mengetuai dalam industi membasmi penipuan kad kredit dalam menjaga keselamatan data pelanggan.  
Keberkesanan - Ianya adalah percuma untuk menghantar wang, dan PayPal sesuai digunakan untuk pelbagai jenis perniagaan. (dah lama digunakan di Eropah/Amerika, cuma masih baru lagi di Malaysia)

Jom DAFTAR PAYPAL
Pastikan anda ada debit kad Maybank yang sah dan boleh check secara online.
Kadnya macam ni....
...


Kalau tak daftar online tu, rasanya susah sikit la nak buat. Untuk debit kad bank yang lain, anda perlu pastikan cara setting dengan bank masing-masing. Sebab lain bank, lain cara settingnya...






LANGKAH PERTAMA UNTUK BUAT AKAUN PAYPAL


CARA DAFTAR AKAUN PAYPAL
1. Buka paypal




2. Tekan Sign Up di bahagian atas kanan atau di bahagian kiri sidebar

3. Ada pilihan akaun iaitu Personal, Premier dan Business. Pilih personal dan tekan butang GET STARTED.


4. Isi maklumat lengkap



5.  Selepas isi maklumat tu korang akan diminta untuk sis maklumat kad kredit. Kalau korang tak ada kad kredit tekan pada Go To My Account. Lepas tu bolehlah link kan akaun bank yg korang pilih 

 6. Untuk link kan ke akaun bank sila Sign In akaun Paypal yg korang dah daftar tadi dan lepas tu pergi ke Profile>Add/Edit Bank Account 
 


7. Lepas tu isi maklumat yang diperlukan dan lepas tu tekan Continue


8. Confirm kan maklumat bank korang tadi dan klik Add Bank Account then korang akan terima satu email dari Paypal.

9. Selesai.
LANGKAH SETERUSNYA

cara verified akaun Paypal

Ok, mari kita buat ..



2. Bila dah klik sign up, akan keluar gambar seperti dibawah. Jangan lupa pilih negara dan klik'get started' kat bahagian 'premier'. 

 3. Lepas tu, isi la form yang keluar dengan maklumat yang betul.
Untuk bahagian nama, Jika nama anda ada 3 suku kata, contoh : Sofian Rohan Sarmin , isi macam biasa.. Tapi jika nama anda cuma 2 suku kata, contoh: Kemat Sani, isikan 'first name' dengan Kemat dan 'last name' dengan Sani. Biarkan middle name kosong.

4. Bila dah isi form, klik 'agreed and get started'. Bila sampai tahap ni, akan keluar gambar seperti di bawah.
5. Apa yang perlu anda buat, hold dulu. Kemudian anda log in Maybank2u guna tab yang baru yer dan secara auto, akan keluar gambar seperti di bawah. Lepas tu jangan segan silu untuk kik 'Maybankard Secure Online Shopping Registration' di bahagian yang den bulatkan tu yer.


6. Isi la apa-apa yang patut kat kat form bawah ni. Lepas tu klik save. Dan kembali pada laman paypal tadi.. Untuk halaman paypal yang hold tadi, boleh la di isi kad number yang ada di bahagian depan kad ATM, expired date dan CSC. Apa itu CSC, nanti klik sendiri kat 'what's this?'. Settle semua, klik continue.


7. Lupa pulak nak bagitau, pada tahap ni PayPal akan potong RM10 dari akaun Maybank untuk pastikan no kad yang dimasukkan tadi adalah milik sendiri dan bukan orang lain. Tapi jangan risau, selepas debit kad confirm, PayPal akan kembalikan RM10 tersebut ke dalam akaun PayPal...RM10 ke dalam akaun PayPal ya...bukan ke dalam akaun Maybank...

8. Biasanya, untuk confirmkan debit kad tersebut akan mengambil masa 2 ke 30 hari. Ikut statement bank. Kalau maybank 2 hari jer dan boleh check terus secara online tanpa perlu tunggu statement sampai rumah. Kalau aku, esok hari alhamdulillah dah dapat nombor verify (4 angka rahsia)

9. Cara nak confirmkan debit kad, log in akaun PayPal kemudian klik 'confirm debit card' dan masukkan 4 angka rahsia. Dari mana nak dapatkan 4 angka rahsia tu?? Ok, 4 angka tu boleh dapatkan di statement maybank.

10. kena log in dulu maybank2u. Lepas tu, klik 'accounts and banking' kat tab menu. Dan seterusnya klik 'wadiah saving account'. Kemudian akan keluar gambar kat macam kat bawah ni.

11. Sila la klik 'debit card history', macam den tunjuk kat atas tu. Akhir sekali akan keluar statement. So, kat mana nak ambil 4 angka tu??

Ambil selepas perkataan 'SALE PP XXXX'. Kemudian masukkan angka tu kat bahagian kotak untuk confirm debit kad di akaun paypal yang kita buka tadi, terus save dan boleh shopping guna akaun paypal. 

Apa2 pun, sentiasa check email anda yer... Sebab PayPal akan hantar email samada langkah2 yang anda buat tu berjaya atau tidak.....selamat mencubaaaaa

CARA TRANSFER DUIT GUNA MAYBANK


Mula- mula  anda layari laman web (Maybank2u.com)dan  kemudian  ( Login)





Isi nama pilihan yang telah anda pilih untuk buka akaun .Pastikan anda tidak berkongsi maklumat ini pada orang lain. kemudian tekan di bahagian next seperti gambar di atas.


 Masukkan kod pin yang anda pilh .Setiap kod huruf atau nombor pilihan anda  juga adalah rahsia.Sekiranya kod yang anda telah masukkan semuanya betul anda akan di bawa ke laman seperti gambar di bawah dan tertera nama anda di bahagian atas .Pilihan untuk membawa anda ke ruangan pindahan wang  (transfer) sila ke ruangan (account & banking)
Anda akan di bawa keruangan  selanjutnya..

 lLihat di bahagian sudut bahagian  tepi sebelah kiri  terdapat pelbagai pilihan .
Pilih (transfer)bagi pilihan untuk pindahan wang seperti yang di tunjukkan dalam gambar di bawah ini.. Anda akan di bawa ke ruangan selanjutnya.

 klik pilihan ( New 3rd party account transfer ).Anda akan di bawa keruangan selanjutnya.
 Lihat gambar di bawah.


 Di ruangan ini pula anda isikan jumlah wang yang akan di keluarkan melalui pindahan wang .Anda hanya perlu mengisi (10,20,30, atau nilai lain tanpa menggunakan RM) Tanda yang terdapat pada gambar tidak dapat di tunjukkan bagi melindungi akaun ya. Ianya akan tertulis no akaun pemilik yang memindahkan wang. Anda cuma perlu mengisikan nombor akaun pemilik yang akan menerima wang pindahan anda.Lihat ruangan kotak yang perlu di isi di bahagian kanan dalam gambar.Pastikan nombor yang akan anda isi adalah nombor akaun yang akan menerima wang pindahan.kerana sebarang kesilapan akan berlaku pindahan yang salahdan pihak lain akan menerima pindahan wang .


 klik bahagian yang di tunjukkan dalam gambar di bawah bagi mendapatkan nombor (TAC)
yang akan di hantar ke telefon anda.tac ini kebiasaan ada enam nombor.Isi nombor tersebut di ruangan kotak kosong di bawah sekali. Sila pastikan sekali lagi nombor akaun pindahan wang di hantar kepada akaun yang betul. Setelah itu tekan( submit)



Print resit sebagai rujukan. Ok.. SELAMAT MENCUBA..