Monday, July 14, 2014

CARA PENJAGAAN MESIN PEMOTONG RAMBUT UNTUK KETAHANAN LEBIH LAMA

Tahniah kepada anda yang kini telah mempunyai peralatan mesin rambut .





  

   Kepada anda yang baru pertama kalinya mengenali peralatan mesin  pemotong rambut eletrik seperti dalam gambar boleh mempelajarinya di sini.Kenali komponen –komponen  yang terdapat pada  mesin  pemotong ini dan fungsi-fungsinya serta aspek keselamatan yang perlu anda tahu untuk menggunakan mesin pemotong rambut eletrik ini ketika tugasan pemotongan di lakukan serta cara penjagaan nya.

Sekiranya anda ingin mendapatkan mesin pemotong rambut pada waktu ini ,beberapa perkara perlu anda tahu . Senarai  komponen yang terdapat pada mesin adalah seperti  berikut:

1-Mata pisau pemotong (1set)
2-Suis  on/off
3-Kabel  bekalan eletrik
4-Skru pelaras
5-Pelindung mata pisau
6-Minyak untuk mata pisau mesin
7-Sikat-sikat tambahan  (bergantung pada setiap keluaran model


MAKLUMAT PENTING KEPADA PEMBELI DAN PENGGUNA PERALATAN .

Untuk keselamatan pengguna  pengetahuan dari aspek keselamatan  adalah penting dan jangan sesekali di abaikan.Di antara maklumat keselamatan yang akan di kongsikan semasa menggunakan peralatan eletrik  (mesin pemotong rambut)
1-Guna peralatan mesin untuk pemotongan pada rambut sahaja.
2-Sambungkan kabel peralatan kepada voltan ulang alik sahaja dan patuhi kadar voltan.
3-Jangan sentuh peralatan sekiranya peralatan terjatuh atau basah di sebabkan terkena air.
4-Pastikan  sambungan bekalan eletrik di cabut sekiranya peralatan tidak di gunakan lagi pada satu-satu masa.
5-Elakkan menggunakan peralatan di bilik mandi untuk mencegah peralatan dari jatuh atau terkena air.
6-Jangan tinggalkan peralatan tanpa pengawasan 
7-Gunakan peralatan ini untuk kegunaan yang wajar sahaja.
8-Jangan gunakan peralatan sekiranya kabel bekalan eletrik rosak.
9-Jauhi kabel bekalan eletrik dari permukaan yang panas.
10-Jangan masukkan atau benarkan apa-apa objek jatuh dalam bukaan pada peralatan .
11-Jangan gunakan peralatan ini dimana produk aersol (semburan) yang sedang di gunakan atau di mana oksigen dilepaskan.
12-Jangan gunakan peralatan ketika rosak.


UNTUK PENGGUNAAN  PERTAMA KALI.

1-Letakkan sedikit minyak pelincir pada mesin baru yang akan di gunakan.
2-Sambungkan penyambung kabel untuk mendapatkan bekalan tenaga.
3-Nyalakan menggunakan suis on/off yang terdapat berdekatan pemegang mesin.
4-mesin  normal boleh di nilai pada bunyi klik setiap kali memetik suis pada mesin serta getaran pada mesin juga adalah normal selama menggunakan peralatan.

MENETAPKAN KUASA PADA PERALATAN MESIN RAMBUT.

Terdapat bahagian utama peralatan mesin yang di namakan mata pemotong yang bertindak memotong setiap helaian rambut.Setiap geseran  kedua mata atas dan bawah terhasil sedikit gegaran apabila suis on/off mesin di petik ketika  di gunakan.Untuk menetapkan kuasa pada peralatan yang di gunakan anda perlulah menggerakkan sendiri landasan untuk menukar tetapan penyelarasan .Terdapat skru yang di perbuat dari plastic yang perlu di putarkan dengan menggunakan duit syiling nipis untuk mengurangkan getaran pada mesin ketika di gunakan sehingga bersesuaian jika perlu.
Sekiranya anda membuat pusingan mengikut arah pusingan jam akan mengeluarkan bunyi yang kuat dan sekiranya melawan arah jam akan mengurangkan bunyi yang kuat tadi.Pastikan anda melaraskan kuasa mengikut keselesaan anda .

MENETAPKAN PANJANG PEMOTONGAN

1-Dengan menolak suis pelarasan di tepinya panjang pemotongan boleh di laraskan dengan senang walaupun semasa di gunakan.
2-Pemotongan juga boleh di lakukan dengan menggunakan sikat tambahan bergantung pada setiap model  mesin yang di bekalkan pada setiap mesin .
 #1(3mm)  #2(6mm)  #3(10mm)  #4(13mm).
Manakala sikat –sikat tambahan  pula bergantung kepada model keluaran  contohnya
#5(16mm) #6(19mm) #7(22mm) #8(22mm) boleh di dapati sebagai aksesori tambahan anda.

CARA MENJAGA PERTALATAN SEKIRANYA SELESAI MENGGUNAKANNYA.

1-Setelah selesai menggunakan peralatan,bersihkan menggunakan sikat   pembersih .
2-Jangan celup kan peralatan dengan air.
3-Jangan menggunakan pelarut atau bahan penggosok untuk membersihkan peralatan .
4-Untuk mendapatkan potongan agar sentiasa baik ,penting minyak mesin di letakkan pada mata pemotong.
5-Jika kerja pemotongan menurun setelah penggunaan lama meskipun telah lakukan pembersihan pada alatan ,ini bermakna mata pisau pemotong perlulah diganti.

6-Gunakan pelindung untuk mata pisau ketika peralatan tidak di gunakan dan selalulah simpan peralatan dengan pelindung pisau yang terpasang.





LAIN LAIN INFO 






MATA MESIN CLIPPER BLADE 
BERFUNGSI  UNTUK MEMBUAT POTONGAN


ARM KELUARAN WAHL







SEBAGAI PENYAMBUNG BEKALAN KUASA ELETRIK

PELARAS MATA MESIN

SEBAGAI PENETAP KEDUDUKAN MATA MESIN

PENGAPIT PADA ARM

PELARAS KUASA 

 SEBAGAI BEKAS KOMPONEN





2 comments:

  1. salam bos,,,nak tanya sikit, mesin rambut bunyi kuat sangat,,,,nk wat camana ye,,,da laras da,,,,kalau laras slow, mata plak x bergerak,,,,harap dapat tolong...huuuu

    ReplyDelete
  2. boleh hubungi kami CALL @ WHATSAAP untuk keterangan 019-6380067

    ReplyDelete