Total Pageviews

widget

PAPARAN MENARIK





TIP PERALATAN



TUTORIAL SEDIKIT PERKONGSIAN BERKENAAN MESIN WAHL SUPER TAPER

Contoh gambar di bawah 
 -gambar di atas yang di ambil dari sudut bahagian dalam mesin yang telah di uji ketahanannya.Mesin ini telah hampir dua tahun di gunakan. Kedua-dua mesin WAHL HAIR CLIPPER SUPER TAPER ini menpuyai beberapa perubahan dari segi reka bentuk dalaman untuk kualiti setiap peralatan apabila di gunakan.
-Keadaan ini boleh terjadi apabila kekerapan penggunaannya hampir setiap hari di gunakan untuk proses pemotongan rambut pelanggan di kedai .

-Terdapat keluaran Wahl menggunakan plug penyambung eletrik jenis soket tapak dua dan jenis soket tapak tiga.
-Moto pada mesin juga terdapat perbezaan untuk setiap keluaran.
COIL





MATA MESIN CLIPPER BLADE 
BERFUNGSI  UNTUK MEMBUAT POTONGAN


ARM KELUARAN WAHL







SEBAGAI PENYAMBUNG BEKALAN KUASA ELETRIK

PELARAS MATA MESIN

SEBAGAI PENETAP KEDUDUKAN MATA MESIN

PENGAPIT PADA ARM

PELARAS KUASA 

 SEBAGAI BEKAS KOMPONEN


WAHL HAIR CLIPPER SUPER TAPER


Kepada yang tidak pernah tahu ciri-ciri luar dan dalam sedikit perkongsian untuk pengetahuan  bersama.
Terdapat pelbagai keluaran yang hampir serupa dengan keluaran asal .Agak sukar untuk menentukan ketulinan peralatan mesin rambut.Terdapat dua  keluaran mesin rambut WAHL  pada masa kini yang biasanya di gunakan di kedai gunting rambut yang fungsi dan ketahanannya masih tetap di kekalkan sehingga kini untuk anda ketauhi.
Salah satu cara untuk memastikan ketulinan pada mesin rambut ini adalah pada cop yang terdapat pada setiap keluaran samaada pada sudut keluaran kotak, (stiker) mata  mesin (clipper blade) moto mesin (coil), besi dalaman (arm) berat mesin, tahap gegaran .
Ketulinan pada cop keluaran yang membezakan diantara pengeluar rasmi dari USA adalah sebahagian symbol utama keluaran produk peralatan ini.Buatan selainnya ada juga keluaran cop campuran darisegi COMB pada tapak mesin .Keluaran pada mesin adalah dari USA manakala pada peralatan lainnya dari buatan CHINA.
Untuk keluaran 100% Original keseluruhan cop adalah dari buatan USA..Wahl juga mempunyai rangkaian untuk pasaran yang kebanyakan barangan di kilangkan di china dan lain-lain negara dari segi keluaran pada kotak dan pada lain-lain peralatan seperti sikat ,tapak dan lain-lain.























 Kepada anda yang baru pertama kalinya mengenali peralatan mesin  pemotong rambut eletrik seperti dalam gambar boleh mempelajarinya di sini.Kenali komponen –komponen  yang terdapat pada  mesin  pemotong ini dan fungsi-fungsinya serta aspek keselamatan yang perlu anda tahu untuk menggunakan mesin pemotong rambut eletrik ini ketika tugasan pemotongan di lakukan serta cara penjagaan nya.  
Sekiranya anda ingin mendapatkan mesin pemotong rambut pada waktu ini ,beberapa perkara perlu anda tahu . Senarai  komponen yang terdapat pada mesin adalah seperti  berikut:

1-Mata pisau pemotong (1set)
2-Suis  on/off
3-Kabel  bekalan eletrik
4-Skru pelaras
5-Pelindung mata pisau
6-Minyak untuk mata pisau mesin
7-Sikat-sikat tambahan  (bergantung pada setiap keluaran model


MAKLUMAT PENTING KEPADA PEMBELI DAN PENGGUNA PERALATAN .
Untuk keselamatan pengguna  pengetahuan dari aspek keselamatan  adalah penting dan jangan sesekali di abaikan.Di antara maklumat keselamatan yang akan di kongsikan semasa menggunakan peralatan eletrik  (mesin pemotong rambut)

1-Guna peralatan mesin untuk pemotongan pada rambut sahaja.
2-Sambungkan kabel peralatan kepada voltan ulang alik sahaja dan patuhi kadar voltan.
3-Jangan sentuh peralatan sekiranya peralatan terjatuh atau basah di sebabkan terkena air.
4-Pastikan  sambungan bekalan eletrik di cabut sekiranya peralatan tidak di gunakan lagi pada satu-satu masa.
5-Elakkan menggunakan peralatan di bilik mandi untuk mencegah peralatan dari jatuh atau terkena air.
6-Jangan tinggalkan peralatan tanpa pengawasan 
7-Gunakan peralatan ini untuk kegunaan yang wajar sahaja.
8-Jangan gunakan peralatan sekiranya kabel bekalan eletrik rosak.
9-Jauhi kabel bekalan eletrik dari permukaan yang panas.
10-Jangan masukkan atau benarkan apa-apa objek jatuh dalam bukaan pada peralatan .
11-Jangan gunakan peralatan ini dimana produk aersol (semburan) yang sedang di gunakan atau di mana oksigen dilepaskan.
12-Jangan gunakan peralatan ketika rosak.


UNTUK PENGGUNAAN  PERTAMA KALI
1-Letakkan sedikit minyak pelincir pada mesin baru yang akan di gunakan.
2-Sambungkan penyambung kabel untuk mendapatkan bekalan tenaga.
3-Nyalakan menggunakan suis on/off yang terdapat berdekatan pemegang mesin.
4-mesin  normal boleh di nilai pada bunyi klik setiap kali memetik suis pada mesin serta getaran pada mesin juga adalah normal selama menggunakan peralatan.

MENETAPKAN KUASA PADA PERALATAN MESIN RAMBUT.

Terdapat bahagian utama peralatan mesin yang di namakan mata pemotong yang bertindak memotong setiap helaian rambut.Setiap geseran  kedua mata atas dan bawah terhasil sedikit gegaran apabila suis on/off mesin di petik ketika  di gunakan.Untuk menetapkan kuasa pada peralatan yang di gunakan anda perlulah menggerakkan sendiri landasan untuk menukar tetapan penyelarasan .Terdapat skru yang di perbuat dari plastic yang perlu di putarkan dengan menggunakan duit syiling nipis untuk mengurangkan getaran pada mesin ketika di gunakan sehingga bersesuaian jika perlu.
Sekiranya anda membuat pusingan mengikut arah pusingan jam akan mengeluarkan bunyi yang kuat dan sekiranya melawan arah jam akan mengurangkan bunyi yang kuat tadi.Pastikan anda melaraskan kuasa mengikut keselesaan anda .


MENETAPKAN PANJANG PEMOTONGAN
1-Dengan menolak suis pelarasan di tepinya panjang pemotongan boleh di laraskan dengan senang walaupun semasa di gunakan.
2-Pemotongan juga boleh di lakukan dengan menggunakan sikat tambahan bergantung pada setiap model  mesin yang di bekalkan pada setiap mesin .
 #1(3mm)  #2(6mm)  #3(10mm)  #4(13mm).
Manakala sikat –sikat tambahan  pula bergantung kepada model keluaran  contohnya
#5(16mm) #6(19mm) #7(22mm) #8(22mm) boleh di dapati sebagai aksesori tambahan anda.

CARA MENJAGA PERALATAN SEKIRANYA SELESAI MENGGUNAKANNYA.
1-Setelah selesai menggunakan peralatan,bersihkan menggunakan sikat   pembersih .
2-Jangan celup kan peralatan dengan air.
3-Jangan menggunakan pelarut atau bahan penggosok untuk membersihkan peralatan .
4-Untuk mendapatkan potongan agar sentiasa baik ,penting minyak mesin di letakkan pada mata pemotong.
5-Jika kerja pemotongan menurun setelah penggunaan lama meskipun telahlakukan pembersihan pada alatan ,ini bermakna mata pisau pemotong perlulah diganti.
6-Gunakan pelindung untuk mata pisau ketika peralatan tidak di gunakan dan selalulah simpan peralatan dengan pelindung pisau yang terpasang.

PAKAIAN SEMASA BERTUGAS

Sekiranya anda melakukan tugasan kerja menggunting rambut dalam tempoh   masa yang panjang ,sebaik-baiknya pemakaian pakaian separti  baju alas serta penutup mulut perlulah anda gunakan .Ini baik untuk anda supaya tidak di jangkiti wabak penyakit  kerana bakteria mudah merebak kesaluran pernafasan sepanjang anda melakukan tegasan kerja.Ini akan memudaratkan kesihatan anda. Sekiranya kesihatan anda terganggu berkemungkinan pula perkhidmatan anda juga akan terganggu .Ini bermaksud kedai anda perlu di tutup sementara kesihatan anda kembali pulih seperti sediakala.
Pentingnya pemakaian penutup mulut semasa bertugas .
Apa yang dapat di lihat,terdapat sebisan rambut melekat yang tertinggal pada penutup mulut yang telah di gunakan .


BERUS PENCUKUR
Kepada anda yang  kali pertama mempunyai berus pencukur tahniah di ucapkan.Ada pelbagai jenis berus pencukur yang terdapat di pasaran .Dan perbezaan pada  setiap berus pencukur  adalah pada berusnya.Ada yang lembut,sederhana lembut dan kebanyakan terdapat pelbagai bentuk atau warna.Admin ingin berkongsi cara penggunaan berus  ini .Berus ini di reka cipta untuk kegunakan kedai gunting rambut dan di gunakan sebagai peralatan sebelum proses pencukuran di lakukan.
 Untuk penggunaan kali pertama
Apabila anda hendak melakukan pencukuran ,gunakan berus pencukur bersama bahan pembuih dan di sapukan pula pada tempat yang hendak di cukur.
Setelah selesai menggunakan berus ini hendaklah di bersihkan .Berus yang tidak di bersihkan akan memberikan bau yang agak kurang menyenangkan.
Selamat mencuba








PISAU CUKUR ( MATA PISAU PAKAI BUANG )




Pisau cukur ini matanya boleh di tukar ganti.Sangat selamat di gunakan kepada pelanggan untuk mengelakkan jangkitan penyakit akibat luka pada kulit pelanggan (penyakit yang boleh berjangkit melalui darah)

Sekiranya anda mahu menukar mata pisau lipat,di sini akan di tunjukkan bagaimana caranya .
Lihat pada gambar di bawah.Perhatikan pada sudut bawah terdapat garisan yang berfungsi sebagai alat untuk mengeluarkan mata pisau yang sedia ada pada pisau lipat.




Ini adalah lokasi tapak untuk mata pisau setelah proses menolak keluar terhasil


 Tanggalkan mata pisau lama untuk di ganti dengan yang baru.




Antara jenis mata pisau yang di gunakan sebelum di belah kepada dua bahagian


 Hasil potongan ini akan di letakkan pada tapak pisau bagi menggantikan mata pisau yang telah di keluarkan tadi

Setelah melalui proses pemasangan mata pisau yang baru ,tolak kembali tapak mata pisau seperti sediakala. Selesailah proses tukar mata.




CARA MEMEGANG PISAU LIPAT 




TIP PENJAGAAN RAMBUT

BOTAK 
Lelaki selalu dikaitkan dengan rambut yang mudah botak terutama mereka yang berumur. Makin tua makin banyak rambut gugur tapi sebenarnya sekarang ini tak kira muda atau tua, masalah hilang rambut adalah sama. Persoalannya, kenapa lelaki mudah botak? 

PUNCA MASALAH KEGUGURAN RAMBUT
 Pola keguguran rambut lelaki (MPHL) yang biasa terjadi pada kaum Adam sering dikaitkan dengan faktor genetik.“Mungkin ramai tidak menyangka botak tiada kaitan dengan faktor genetik, tetapi hakikatnya, keturunan kerap menjadi punca keguguran rambut.Ia boleh diwarisi daripada sebelah ibu atau bapa dan boleh berlaku terhadap lelaki ataupun wanita. Kedua-duanya cenderung untuk mewarisi gen botak.Namun, keadaan yang dikenali sebagai androgenetic alopeciaini boleh bermula pada usia belasan tahun, 20-an atau 30-an.Rambut yang sihat dan normal memiliki beberapa ciri khas seperti berkilat, mudah lentur, tidak mudah patah dan boleh menyerap air.Keguguran rambut di antara 50 hingga 100 helai sehari adalah normal namun jika ia tidak dipantau, keguguran mungkin akan menjadi lebih serius lebih-lebih lagi jika individu tersebut berada dalam kelompok berisiko tinggi untuk botak.Jika terdedah kepada persekitaran kotor dan berhabuk, kulit kepala yang sering gatal boleh mendapat jangkitan kuman atau alahan kepada bahan kimiaSekiranya dibiarkan tanpa rawatan, ruam akan timbul dan bagi kes serius, gelembung berisi air kesan daripada radang kulit akan terbentuk. Pada peringkat ini, individu tersebut boleh mengalami kebotakan serius.Diet yang tidak sihat dan kurang mengambil protein akan menjadikan rambut lemah dan mudah gugur. Banyakkan pengambilan zat seperti kalsium dan zink kerana ia boleh menyihatkan rambut,” katanya.Penjagaan kebersihan dan kesihatan rambut juga tidak boleh diabaikan. Rutin bersyampu sekurang-kurangnya dua kali seminggu dan pemilihan sikat yang sesuai mampu mengurangkan risiko keguguran rambut.

PENYELESAIAN
Ok buat pembuka kata, saya kongsikan tips
pertama yang amat penting bukan sahaja untuk 
rambut, tapi penting juga untuk kesihatan kita,
iaitu: Mulakan untuk mengambil pil multivitamin
dan multimineral yang baik.
Jika anda mengalami keguguran rambut yang kritikal,
ia menunjukkan bahawa anda  kekurangan nutrient
penting dalam tubuh anda. Untuk menangani isu tersebut,
amalkan diet pemakanan yang seimbang serta mulakan
mengambil multivitamins dan multiminerals untuk 
menampung kekurangan nutrient di dalam badan dengan
cepat sekaligus menghalang keguguran rambut.
Anda boleh membelinya daripada mana-mana kedai 
pharmacy. Hanya perlu minta pada mereka pil
multivitamins-multimineral yang senang meresap
pada tubuh orang dewasa. Sebaiknya ambil pil yang 
kandungannya 100% bahan semulajadi dan halal.
Ideanya adalah apabila badan anda  mendapat zat 
nutrient yang sepatutnya, ia akan dapat berfungsi dengan 
sempurna dan menghalang keguguran rambut berlaku.
PETUA ORANG DULU-DULU
 Tip mudah menjaga kecantikan & kesihatan khusus bagi anda yang mempunyai masalah keguguran rambut. Walaupun tip ini begitu mudah untuk diaplikasikan, tidak bermakna ia kurang berkesan…bak kata/petua orang zaman dahulu “…..belum cuba belum tahu”. Selamat mencuba! : )
Bahan-bahan yang diperlukan :
a. 1 sudu minyak zaitun
b. 1 sudu madu
c. 1 sudu serbuk kayu manis
Cara penggunaan :
Campurkan semua bahan sehingga menjadi pes. Sapukan bahan tersebut pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Basuh dan amalkan sekali seminggu.
Kesan :Khasiat minyak zaitun, madu dan kayu manis mampu mengatasi masalah rambut gugur walaupun bahan-bahan ini digunakan untuk tempoh lima minit sahaja.
INFO TENTANG RAMBUT
Penjagaan Rambut
 Kebanyakan orang jarang ambil kisah tentang jenis 
shampoo yang mereka pakai. Pemilihan shampoo ini 
amatlah penting kerana jika tersalah pilih, rambut
akan jadi kering dan keguguran akan terus berlaku!
Sentiasa gunakan produk penjagaan rambut yang baik
dan bukan shampoo wangi sebarangan. Tambahkan 
produk penjagaan rambut yang istimewa dalam rutin
harian dan akan rasa "natural" selepas menggunakan beberapa hari. 
Menggunakan produk penjagaan rambut yang khas dan 
bagus adalah satu langkah penting untuk menghalang
keguguran rambut. Jadi buat lah pilihan yang tepat
ya!


RAWATAN RAMBUT DAN KULIT KEPALA

Tujuan merawat kulit kepala supaya rambut sentiasa kelihatan cantik.Rawatan inidapat mengatasi masalah kulit kepala seperti kelemumur dan botak.Rambut yang sihat akan tumbuh pada kulit kepala yang sihat.Untuk memastikan supaya rambut dan kulit kepala sentiasa sihat,kitamestilah mengamalkan perkara-perkara berikut:

1-Rambut hendaklak selalu dicuci dengan syampu.
2-Rambut dan kulit kepala perlu di beri rawatan yang sewajarnya.
3-Kulit kepala yang normal eloklah di beri rawatan sekali seminggu.

Rawatan kulit kepela mendatangkan beberapa kebaikan, iaitu:
1-Meransang peredaran darah pada kulit kepala
2-Merehatkan serta (menteteramkan ) saraf.
3-Meransangkan otot dan kelenjar minyak pada kulit kepala.
4-Meredakan ketegangan kulit kepala.
5-Menggalakkan pertumbuhan rambut.
6-Menyihatkan rambut.

Rawatan rambut dan kulit kepala tidak boleh dilakukan dalam keadaan berikut:
1-Apabila kulit kepala mengalami luka atau terkena jangkitan.
2-Sebelum mengerintingkan rambut.
3-Sebelum mewarnakan rambut.
4-Sebelum mencerahkan rambut.


PETUA PENGURUSAN RAMBUT

1. Meluruskan rambut yang keriting
>Parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk. Gunakan santan ini sebagai krim rambut. Sapukan ke rambut dengan cermat kemudian cuci bersih. Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya.

2. Melembutkan rambut

>Petua 1 : Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.

>Petua 2 : Kisar 5 biji limau nipis bersama dengan kulitnya hingga halus. Tapis dan sapukan airnya di kepala ketika mandi dan perapkan seketika. Kemudian, cuci bersih. Petua ini membuat rambut anda lembut beralun malah menghilangkan kelumumur

>Petua 3 : Masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan. Bancuh dengan air suam lebih kurang 60 celsius. Kacau dan perahkan air limau nipis. Kacau lagi dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 6 jam. Apabila pekat bolehlah dilumurkan pada rambut anda. Biarkan selama sejam dan bilas. Amalkan selalu, insyaAllah rambut akan semakin lembut dan mudah diurus.

3. Merawat keguguran rambut

>Kisar biji halba sampai hancur dan sapukan di atas rambut. Selepas dibiarkan selama setengah jam. baru dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Pastirambut menjadi bersinar serta tiada masalahkeguguran sekali

4. Merawat rambut berbuah dan bercabang 

>Petua 1 : Ramas daun pinang. Kemudian, campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan 2 minggu sekali.
>Petua 2 : Tumbuk daun inai dan lumurkan di seluruh rambut anda. Tunggu sehingga sejam baru dibasuh dan dibilas.
5. Menghilangkan kelemumur
>Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.


15 comments:

  1. mesin rambut sy bunyi kuat sangat..adakah spring di coil dh rosak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak...maybe ade skru dlm yg longgar...bile longgar...dy akn brbunyi...brape lme daa pkai mesin tu?ade prnah bkk mesin utk servis?

      Delete
  2. Tuan ada nomber wasap tak. Saya nak bincang tentang mesin rambut ni. Nak beli dari shopee. Wasap senang sikit nk bincang..

    ReplyDelete
  3. Minyak pelincir tu setiap kali nk pkai & stiap kali nk smpan kna ltak ke..ke macam mna

    ReplyDelete
  4. Boss ada jual ke brang2 mesin wahl

    ReplyDelete
  5. Mata pisau saya mungkin tumpul . Ada jual tak mata dia .

    ReplyDelete
  6. Mana nak cari sparepart .nk koil dh trbkr

    ReplyDelete
  7. Tuan thu tk mna kedai yg jual mesin rmbut. 0134198989. Wasp sy

    ReplyDelete
  8. kenapa mesin kerap berhenti sekejap sekejap...macam sangkut sangkut..mcm karen/letrik tak sampai

    ReplyDelete
  9. mesin sy..bile pkai dia pnas..pastu dia mati sndri..bile dh sejuk skit..blh pkai blik..bile pnas dia mati..

    ReplyDelete
  10. Saya. Mau repair mesin gunting sayarsaya meletup ,bolih repair ke ?

    ReplyDelete
  11. Beli mesin rm400 ke atas..in sha allah orginal..bawa rm200 masih cap ayam..to tgk jenis mesin ye..

    ReplyDelete