SGR
BERMAKSUD Sofian gunting rambut.
BERMAKSUD Sofian gunting rambut.
BARBERSHOP OWNER
Pemilik perniagaan kedai gunting rambut lelaki.
BENTUK KEPALA KIRI DAN KANAN
Bermaksud hubungan peniaga dan pelanggan saling perlu memerlukan.
GUNTING DI TENGAH
Kerja sama di dalam memberi perkhidmatan dan menerima perkhidmatan di antara pelanggan.
SIMBOL PADA WARNA PUTIH DAN MERAH
Maksud daripada symbol warna merah dan putih ini melambangkan hubungan diantara setiap negeri Di Malaysia.
WARNA HITAM PADA TULISAN
menunjukkan pemilik asal kepada perniagaan.
WARNA MERAH LILITAN LUAR TULISAN
Bermaksud gabungan bersama pelanggan dan pemilik.
PERNIAGAAN SOFIAN ENTERPRISE
LOT 842 ,JALAN SABAK
26800 KUALA ROMPIN PAHANG
NO TEL : 019-638 0067
WAKTU PERNIAGAAN :
PERNIAGAAN DI BUKA
AHAD HINGGA KHAMIS/
PERKHIDMATAN JAHITAN
-REPAIR PAKAIAN
-TEMPAHAN JAHITAN
-REPAIR PAKAIAN
-TEMPAHAN JAHITAN
MEMBERSIH KAWASAN PERUMAHAN DAN PERLADANGAN |
SGR BARBERSHOP OWNER
Adalah singkatan Pekerjaan sofian gunting rambut yang tercipta hasil usaha nama pemilik Sofian Bin Rohan sebagai penggunting rambut lelaki sejak tahun 1993 dan telah memulakan perniagaan pertama yang hanya di kenali dengan nama KEDAI GUNTING LELAKI sekitar tahun 2000.Beliau lahir pada 05 november 1981 di Keluang Johor Malaysia dan Berhijrah mengikut keluarga ke negeri Sembilan semasa berumur 3 tahun dan telah membesar menjadi anak Peneroka Felda Lui Selatan Negeri Sembilan dan kini memperluaskan bidang yang di minati ini di negeri Pahang.
Sejarah hidup beliau pada masa kecil
BIDANG AKEDAMIK
BIDANG AKEDAMIK
- Mula bersekolah pada awal tahun 1987 di TADIKA FELDA LUI SELATAN DUA dan Setelah tamat di masukkan ke sekolah kebangsaan di SEKOLAH KEBANGSAAN LUI SELATAN (SKLS) sehingga tahun 1993 menamatkan sekolah rendah.
- Meneruskan pembelajaran ke peringkat menengah di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUI BARAT (SMKLB) dan tamat sekolah menengah pada tahun 1998.
PENGALAMAN DALAM BIDANG PEKERJAAN DAN KEMAHIRAN
Pada awal tahun 1988 berusia 7 tahun sehingga 18 tahun aktif belajar sambil bekerja mencari ilmu kemahiran.Di antara kemahiran yang dapat di pelajari pada zaman kanak-kanak dan remaja.
-Membantu kerja-kerja keluarga di ladang getah felda .
-Menggunting rambut
-Mengambil upah membersih kawasan
-Membaiki motosikal
-Pertanian dan Perladangan
Pada usia kanak-kanak beliau seorang yang tidak suka membuang masa melakukan sesuatu yang bukan minat beliau. Memandangkan beliau di lahirkan bukan dari keluarga peniaga tetapi minat untuk menceburi bidang perniagaan kuat mempengaruhi beliau pada masa itu untuk membina empayer perniagaan sendiri .Segala ilmu yang menjurus kepada sektor perniagaan di kaji dan di teliti. Walaupun pembangunan serta kemajuan setempat tidaklah lengkap seperti sekarang dan
Perniagaan pula pada masa itu tidaklah rancak seperti yang dapat di lihat pada masa ini.Namun begitu ,seiring dengan perkembangan perjalanan hidup beliau ,pengalaman yang di lalui merupakan guru dalam menempuhi cabaran akan datang untuk meneruskan cita-cita sebagai BARBERSHOP yang di kenali ramai.Sikap yang suka bersaing membuatkan beliau cuba untuk bersaing dengan perkhidmatan perniagaan BARBERSHOP yang lain.Persaingan secara sihat adalah pilihan beliau bagi membantu serta menaikkan mertabat orang melayu dalam perniagaan barbershop.Maka di sebabkan itulah apa yang terlahir pada masa ini tercipta SGR BARBERSHOP.
BARBERSHOP MERUPAKAN BIDANG PILIHAN
merupakan pilihan kemahiran beliau pada masa itu untuk masa akan datang telah membawa beliau untuk sentiasa memberikan perkhidmatan berterusan sehingga ke dunia pekerjaan.Untuk mendapatkan dana modal tanpa pinjaman mana-mana pihak memaksa beliau untuk bekerja terlebih dahulu di dalam sektor-sektor lain yang ada pada masa itu.Walaupun terpaksa menghadapi kekurangan dalam modal permulaan keadan sedemikian tidak mematahkan usaha yang ada untuk memiliki perniagaan sendiri walaupun terpaksa bekerja keras di dalam pengumpulan modal kerana beliau percaya setiap usaha yang di lalui pada masa itu akan memberi sesuatu yang terbaik pada masa akan datang .
BARBERSHOP MERUPAKAN BIDANG PILIHAN
merupakan pilihan kemahiran beliau pada masa itu untuk masa akan datang telah membawa beliau untuk sentiasa memberikan perkhidmatan berterusan sehingga ke dunia pekerjaan.Untuk mendapatkan dana modal tanpa pinjaman mana-mana pihak memaksa beliau untuk bekerja terlebih dahulu di dalam sektor-sektor lain yang ada pada masa itu.Walaupun terpaksa menghadapi kekurangan dalam modal permulaan keadan sedemikian tidak mematahkan usaha yang ada untuk memiliki perniagaan sendiri walaupun terpaksa bekerja keras di dalam pengumpulan modal kerana beliau percaya setiap usaha yang di lalui pada masa itu akan memberi sesuatu yang terbaik pada masa akan datang .
Diantara pengalaman bekerja yang di lalui beliau ialah :
-Sektor perkilangan -Operator kilang
-Sector perhotelan –Housekeeping department
-Kawalan keselamatan-Pengawal keselamatan sekolah
SENARAI SEKTOR PEKERJAAN YANG PERNAH DI LALUI BELIAU
Bekerja di dalam sektor perkilangan
KILANG ELEKTRONIK AMRON PETALING JAYA SELANGOR
Bekerja di sektor swasta dalam bidang perhotelan
HOTEL ARMADA
HOTEL PANPACIFIC GLENMARIE
HOTEL SHERATON SUBANG AND TOWER
Bekerja di sektor swasta dalam bidang Pengawal keselamatan
Bekerja di sektor swasta dalam bidang Pengawal keselamatan
-Syarikat Kawalan Keselamatan Kawal NS
Mula menggunting rambut sejak berusia 12 tahun pada tahun 1993.Berminat menggunting rambut dan telah terlibat secara langsung member perkhidmatan kepada rakan-rakan terdekat pada awalnya.memandangkan minat yang ada serta kepercayaan penduduk pada masa itu rakan-rakan serta jiran tetangga yang rapat sering mendapatkan pertolongan kepada beliau menggunting rambut.
Tiada pembayaran di kenakan pada masa itu di sebabkan kerja pengguntingan yang di lakukan sekadar mengisi masa lapang.Terdapat Perkhidmatan kedai gunting rambut berdekatan kawasan penduduk pada masa itu yang mengambil upah bayaran sekitar maksimum rm 2-00 sahaja bagi dewasa.Ekonomi penduduk seisi keluarga pada masa itu adalah sekitar 100 sebulan.Keadan ini menjadi penyebab utama ramai di antara anak-anak yang mengambil peluang mendapatkan pengguntingan rambut percuma.Pada masa itu tidak banyak info rujukan bagi mereka yang menceburi bidang ini.Di sebabkan faktor inilah tidak ramai yang berani menceburi bidang ini.
ZAMAN REMAJA BELIAU
Beliau di kenali di kalangan rakan-rakan sebaya dan usia atasan yang akan mendapatkan potongan rambut pelbagai ketegori fesyen terkenal pada masa itu.Bakat beliau terus berkembang dari masa ke semasa apabila kepercayaan dari kelompok remaja mendapatkan pemotongan rambut fesyen terkenal ketika cuti sekolah.Diantara fesyen rambut yang selalu mendapat perhatian ialah fesyen rambut JQ,SLOP,FLETOP.Sepanjang perjalanan yang di lalui pada masa itu telah memberi satu cita-cita yang tinggi untuk menceburi bidang ini di masa akan datang dengan melalui perjalanan pengembaraan dalam bidang BARBERSHOP ini.
Beliau akan ke setiap kedai gunting rambut barbershop di sekitar apabila mahu mendapatkan potongan rambut memandangkan hanya kedai-kedai barbershop ini yang menyediakan perkhidmatan ini pada beliau. Peluang yang ada ini tidakl di sias-siakan selama berjam-jam ketika menunggu giliran.Setiap pelanggan yang telah mendapatkan perkhidmatan di kedai menjadi rujukan ilmu di dalam proses mengenal fesyen rambut.Setiap permintaan pelanggan di ambil perhatian untuk mengenal pasti permintaan pelanggan dan setiap gerak kerja BARBER di beri perhatian.Memandangkan setiap info berkenaan perniagaan barbershop pada masa itu sukar di temui di pasaran hanya cara menual inilah menjadi pilihan beliau.Kaedah pembelajaran ini merupakan satu ilham penggerak sehingga memberi kesan positif ketika menggunting rambut rakan-rakan dan kepercayaan serta sokongan yang berterusan telah membawa pengembaraan beliau lebih kehadapan apabila berjaya mendapatkan hasil potongan setiap permintaan rakan-rakan yang mendapatkan perkhidmatan secara percuma pada waktu itu.
Peralatan pada masa itu hanya gunting dan sikat menjadi alat utama beliau memandangkan pada masa itu sukar untuk mendapatkan semua peralatan lengkap kerana kekurangan modal.Kebanyakan peralatan kedai barbershop pada masa itu adalah seratu peratus dari keluaran import luar Negara seperti Amerika syarikat, Jermen,francis. Setiap barang original pada masa itu tinggi dan kualiti barang sememangnya bagus dan sukar pula untuk di temui pada masa ini.Peralatan yang sempat di miliki oleh beliau sehingga kini seperti kerusi barber ,ketam menual,gunting biasa brand Jerman.Berbeza dengan peralatan sekarang yang mudah di jumpai serta di beli tetapi tidak mampu bertahan lama malahan tidak dapat di simpan sebagai koleksi peribadi untuk generasi akan datang. Pilihan beliau di dalam memilih peralatan semestinya original dan berkualiti kerana kebanyakan peralatan original mempunyai gaya,mutu dan keunggulannya tersendiri serta menjadi lambang kepada personaliti BARBERSHOP itu sendiri.
Di awal pembukaan, kedai gunting rambut hanya menyewa di permis perniagaan lain selama beberapa tahun kemudian barulah kedai pertama di bina .Segala usaha yang di lakukan bagi memperkembangkan perniagaan ini untuk melangkah ke arah yang lebih baik dan mula menampakkan hasil.walaubagaimanapun kekurangan modal tidak sedikit pun mematahkan semangat untuk terus kehadapan di masa akan datang.
AKTIVITI BENGKEL PESERTA KURSUS ASAS TEORI DAN PRATIKAL GUNTING RAMBUT BERSAMA PELANGGAN YANG HADIR DI PERNIAGAAN SOFIAN
KURSUS PELAJARI BIDANG GUNTING RAMBUT
PESERTA KE TUJUH
PESERTA KE 5
KURSUS PELAJARI BIDANG GUNTING RAMBUT
PESERTA KE 8
PESERTA KE TUJUH
PESERTA KE ENAM
MENJUAL PERALATAN
SECARA ONLINE
Sepanjang
penglibatan beliau di dalam BARBER ,selama 20 tahun manakala BARBERSHOP selama 16 tahun ini telah membawa kepada perubahan
yang lebih kehadapan .Memandangkan perkhidmatan perniagaan jualan secara atas talian di Malaysia semakin
berkembang pesat ,Beliau tidak melepaskan peluang yang ada untuk turut sama
bersaing di dalam pengurusan penjualan
peralatan untuk kelengkapan kedai gunting rambut seperti yang ada sekarang. Usaha
ini telah melalui perancangan awal yang kini tertumpu di sekitar Malaysia dan
Semenanjung Malaysia sebelum dapat di
laksanakan ke peringkat antarabangsa .Kepada anda semua yang telah memberi sokongan
sejak dari awal penglibatan beliau dan member kepercayaan yang berterusan
sehingga tercipta lah SLOGAN .
No comments:
Post a Comment