Total Pageviews

widget

PAPARAN MENARIK





TUTORIAL




MEMBUKA KEDAI GUNTING RAMBUT

 BARBERSHOP OWNER







Menggunting rambut  dengan baik dan sempurna adalah asas bagi gaya rambut yang menarik dan menjadi sebahagian tugas peniaga yang utama kepada setiap pelanggan. Untuk mendapatkan hasil kerja yang memuaskan anda perlu mempunyai bakat seni. Ianya harus di cari dan di pelajari dari peringkat awal lagi.

Kenali fesyen rambut dan seberapa banyak maklumat berkaitan dengan stail rambut memandangkan ianya mengikut kehendak pelanggan itu sendiri. Ianya akan memberi kesan berlainan terhadap seseorang kerana terdapat perbezaan setiap jenis rambut, tekstur rambut, kelebatan  dan bentuk rambut.

Untuk memudahkan kerja pengungtingan rambut ini perkara penting yang perlu anda titik beratkan ialah :
 - menganalisa setiap rambut pelanggan yang akan di potong.
- menganalisa bentuk rambut pelanggan samaada lurus, keringting atau ikal .     

- menganalisa tekstur rambut pelanggan sama ada kasar, sederhana, halus
 atau kejur (keras)
-menganalisa ketumpatan rambut pelanggan sama ada lebat, sederhan atau sedikit.
-menganalisa arah pertumbuhan rambut pelanggan mengikut semasa

MENAMBAH PELANGGAN
-MENUNGGU KEHADIRAN PELANGGAN
-MENCARI PELANGGAN

MENUNGGU KEHADIRAN PELANGGAN
 Bagaimana untuk kita menambah bilangan pelanggan dari masa kesemasa?Adakah dengan sekadar menunggu kita pasti kehadiran pelanggan akan bertambah dari masa ke semasa?Untuk menjadikan perniagaan anda bertambah maju , anda perlulah mengatur statagi dari peringkat awal lagi.Penambahan pelanggan ke kedai anda dapat meningkatkan hasil pendapatan.Harus di ingat , dengan meningkatkan harga terus menerus terhadap pelanggan anda , berkemungkinan anda boleh kehilangan pelanggan sedia ada. Ini di sebab kan tekanan harga perkhidmatan yang di hadapi pelanggan.Keadaan ini selalu terjadi kepada pelanggan baru yang kali pertama ingin mendapatkan perkhidmatan sehinggakan ada peniaga cuba mengambil kesempatan. Ketauhilah pelanggan  baru hendaklah di beri layanan harga seperti  pelanggan sedia ada.Pelanggan baru  inilah yang akan mempromosikan perniagaan anda .Pelanggan akan sendirinya mempromosikan perniagaan anda kepada keluarga dan rakan-rakan terdekat.Jangan mengambil kesempatan terhadap pelanggan baru dengan menekan harga .Kejujuran anda amat penting untuk menarik minat pelanggan berurusan dengan anda .

-MENCARI PELANGGAN

 Perniagaan baru biasanya tidak mempunyai bilangan pelanggan yang ramai semasa di buka. ini di sebabkan perniagaan anda belum di kenali ramai.Anda perlu mengenali pelanggan terlebih dahulu untuk mempromosikan perkhidmatan anda.  Menjadi kebiasaan kepada peniaga untuk menghadapi situasi kekurangan pelanggan .Ianya juga memerlukan masa untuk pelanggan mengenali perniagaan anda.Anda perlu meluangkan masa untuk mereka di kenali terlebih dahulu.Anda perlu memperkenalkan diri anda dan selepas dikenali barulah anda memperkenalkan perniagaan anda. Pelanggan berasa selesa mengenali anda dan keselesaan itulah yang bakal membawa mereka mengenali perniagaan anda.

MENETAPKAN WAKTU PEMBUKAAN  SERTA MASA PENUTUPAN PERNIAGAAN ANDA
Bagi anda yang baru membuka perniagaan ,anda seharusnya menetapkan waktu pembukaan kedai anda. Ini adalah salah satu cara untuk pelanggan mengetauhi serta mudah untuk pelanggan mengunjungi perniagaan anda.Sekiranya jadual tidak di titik beratkan,pelanggan sukar mendapatkan perkhidmatan yang anda sediakan.Cuba anda perhatikan permis-permis perniagaan yang ada di sekitar lokasi perniagaan.Kebanyakan Peniaga meletakkan masa buka dan masa tutup perniagaan mereka.Ini bertujuan supaya pelanggan dapat mengunjungi kedai anda pada masa yang telah di tetapkan.Sekiranya pelanggan tidak tahu masa pembukaan kedai ,anda akan menghadapi masaalah di antara anda dan pelanggan.

Untuk mendapatkan perkhidmatan, Pelanggan biasanya akan hadir ke kedai  mengikut kesesuaian masa.Di sebabkan kerana anda adalah peniaga yang akan memberikan perkhidmatan  dan pelanggan sebagai yang hadir untuk mendapatkan perkhidmatan ,peranan dari pihak anda amat di perlukan bagi menetapkan masa serta waktu pembukaan serta penutupan kedai anda .Kerjasama di antara anda dan pelanggan amat penting di dalam pengurusan masa..Mudah bagi setiap pelanggan untuk membuat perancangan awal untuk ke kedai anda .Bagi yang belum bekeluarga serta yang sudah bekeluarga  mempunyai perancangan masa yang berbeza.Jadi sediakan jadual kedai anda hari ini..

BARBERSHOP DULU, KINI DAN YANG AKAN DATANG
bb
Anda tentu akan mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di kedai-kedai berdekatan dengan tempat tinggal anda.Bermakna anda adalah sebahagian dari pengguna pada perkhidmatan ini.Begitulah dengan pengalaman orang lain di sekeliling anda.Tidak kira kecil ,remaja,atau yang dewasa .Kesemuanya akan berkunjung ke kedai-kedai gunting rambut apabila tiba masa untuk rambut di potong.Ini memberi petanda baik bahawasanya perkhidmatan ini menjadi keutamaan kepada orang ramai.Sudah tentu anda igin tahu keistimewaan sesebuah kedai gunting rambut yang  boleh bertahan hingga ke hari ini. Ikuti penerangannya di blog ini..
Apa kata admin tentang perkara ini?

Pengalaman admin selama 20 tahun menceburi bidang ini bermula sejak di bangku sekolah lagi yang ketika itu berusia 12 tahun kira-kira pada tahun 1993 telah membawa admin ke dunia pengguntingan rambut yang tidak pernah berkesudahan di sebabkan permintaan serta kepercayaan orang ramai yang mahukan admin memberikan perkhidmatan apabila di perlukan..Di sebabkan itu  admin mula membuka kedai pada awal usia 20 tahun pada tahun 2000 sehingga ke hari ini.Pengalaman susah dan senang semasa berkecimpung dalam pengurusan perniagaan BARBERSHOP ini menjadikan admin lebih matang untuk menempuhinya .Kini admin akan kongsikan bersama peminat yang berminat untuk mengetauhinya di  sofianguntingrambut.blogspot.com.

Di manakah anda di waktu ini?

Bagaimana jika suatu hari nanti , anda pula yang membuka kedai yang memberi perkhidmatan gunting rambut.Ramai di luar sana yang telah cuba-cuba mempelajari selok -belok berkaitan dengan kerja pemotongan rambut yang terdapat di you tube sebagai rujukan di internet atau di laman -laman lain berkaitan perkhidmatan kedai gunting rambut.Ini sudah tentu pasti bagi yang menggemarinya.Mungkin apa yang anda cari ada di sini... 
 Teruskan minat bacaan anda di sini...

SEKIRANYA AKU MAHU BEKERJA SENDIRI, ILMU KEMAHIRAN APA YANG AKAN AKU PELAJARI?
 GUNTING RAMBUT
Boleh ke.?
Pepatah melayu ada menyatakan

-Tak cuba ,tak tau
-Dah cuba baru tau...


Bagi yang telah membuka perniagaan kedai gunting rambut tahniah di ucapkan kepada anda.
Bagi anda yang baru dalam bidang ini teruskan usaha anda.
Bagi yang mula berjinak -jinak teruskan mencari sebanyak mana ilmu berkenaan gunting rambut ini.
Banyak faktor yang mendorong seseorang itu mula berjinak-jinak untuk menceburi bidang gunting rambut.Malahan ada yang nekad untuk terus berhenti kerja sediaada.Kenapa ianya terjadi....
Walau apapun keputusan di buat oleh anda di dalam isu ini pasti risikonya tetap ada.


BENARKAH KERJA GUNTING RAMBUT DAPAT WANG CASH ?
Ya memang benar.Selama admin memberikan perkhidmatan kedai gunting rambut sejak 15 tahun yang lalu , apa yang admin dapat lihat kebanyakan pelanggan yang hadir untuk mendapatkan perkhidmatan ini akan membuat bayaran tunai terus kepada pemilik kedai setelah selesai proses pengguntingan rambut di buat.Keadaan ini berlaku kepada semua BARBERSHOP yang telah menjalankan perniagaan.Ini menjadi kebiasaan setiap pelanggan sekiranya berurusan dengan kedai gunting.Melainkan sekiranya anda cuma menjadikan menggunting rambut untuk hobi masa lapang anda pada sanak saudara atau kenalan terdekat yang sememangnya mengenali anda.Khidmat anda adalah percuma.. Bagi yang telah menjadikan pengguntingan rambut ini merupakan kerjaya sepenuh masa pasti perspektif anda lebih mementingkan kualiti yang boleh menjana pendapatan untuk jangka masa panjang.

Mengapa keadaan ini berlaku?

Setiap pelanggan yang mahu mendapatkan hasil potongan rambut yang di idamkan akan membuat pilihan di kedai- kedai khas yang menyediakan perkhidmatan gunting rambut.Bayaran tidak menjadi masalah utama asalkan permintaan untuk memiliki rambut yang di hajati tertunai.Bagi pelanggan yang inginkan perkhidmatan  kedai gunting rambut kebiasaannya telah membuat persediaan lebih awal dari segi kewangan sebelum berurusan dengan kedai gunting.Tugas anda yang paling utama, menyediakan tanda harga bagi setiap perkhidmatan yang di sediakan .Ini bertujuan memudahkan pelanggan berurusan dengan anda supaya pelanggan lebih bersedia menyediakan wang yang cukup apabila tiba giliran. Pelanggan juga boleh membatalka hasrat mereka sekiranya wang yang ada tidak mencukupi.Memandangkan rambut bukan sebahagian dari keperluan harian seperti makanan ,setiap  individu boleh menagguh pemotongan di lain masa .Maka dengan ini tiada alasan bagi pelanggan untuk mengelak dari membayar atau membuat hutang.

Benarkah perniagaan  barbershop merupakan jalan mudah mendapatkan wang?

Setiap kerja yang di buat sudah pasti akan ada hasilnya.Hasil kerja yang di buat pula boleh menghasilkan wang.Wang yang terkumpul dari hasil kerja akan menghasilkan pendapatan .
Apa yang dapat anda lihat secara zahirnya itu adalah kenyataan.Nasihat admin, hasilkanlah kerja yang berkualiti apabila anda bersedia untuk menceburi bidang ini.Kerja yang berkualiti merupakan sebahagian aset penting di dalam perniagaan kedai gunting rambut. Hanya seseorang yang mempunyai bakat semulajadi sekiranya mempunyai minat yang mendalam  kebanyakannya  dapat bertahan lama di dalam perniagaan barbershop hingga ke hari ini.

Bagaimana untuk anda tahu?
Apa yang anda cari mungkin ada di sini...
teruskan membaca.....


MENGATASI MASALAH KURANG KEYAKINAN DIRI
-Sekiranya anda adalah orang baru dalam bidang ini, kebiasanya masalah yang
 akan dihadapi ialah kurangnya kenyakinan diri apabila berhadapan dengan
 pelanggan. Persoalan ini harus diketepikan supaya tidak membantutkan
 perjalanan anda untuk meneruskan perniagaan ini.

KAEDAH YANG BOLEH ANDA GUNAKAN DALAM PERNIAGAAN GUNTING RAMBUT

-Sekiranya anda baru kali pertama menerima pelanggan yang akan berurusan
 dengan anda, katakana anda boleh merealisasikan setiap permintaan fesyen
 pelanggan yang di minta.
-Jangan sesekali menipu pelanggan anda ,tetapi  menyatakan kepada pelanggan yang anda baru dalam bidang ini dan sedang cuba untuk belajar.
 Dalam hal ini  pelanggan akan memberi peluang pada  anda.
-Beri tumpuan sepenuhnya semasa anda di beri penerangan tentang fesyen yang
 pelanggan mahukan.
-Berbual dengan pelanggan untuk mengurangkan rasa takut dalam diri anda
 TETAPI ingat, jangan sampai anda hilang tumpuan pada kerja anda.

MEMCIPTA MAKLAMAT ANDA DAN DARI MANA IANYA AKAN BERMULA

-Sekiranya timbul rasa dalam diri anda ingin mempelajarinya , maka secara
 tidak langsung anda telah mula mencipta matlamat dan dengan adanya keyakinan,
 keberanian sahaja matlamat anda akan dapat di capai.
-Buat persedian awal adalah penting terutama dari segi modal kelengkapan alat
 gunting rambut.
-Membina impian anda untuk terus Berjaya di masa depan.
-Sentiasa meningkatkan mutu kerja anda kepada pelanggan.
-Jangan cepat mengalah jika menerima KOMEN NEGATIF dari pelanggan
 sebaliknya jadikan ianya satu cabaran buat anda.
-Yang paling penting untuk kekal dan Berjaya dalam bidang ini adalah memiliki
 PEMGALAMAN DAN KEMAHIRAN.
-Ketiadaan modal bukan penghalang. Di sini saya syorkan anda boleh bermula
 secara sambilan di kedai gunting rambut yang sememangnya mempunyai
 pelanggan tetap.

BAGAIMANA CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN KEDAI GUNTING RAMBUT

-Untuk memulakan perniagaan ini saya sarankan kepada anda supaya
  mendaftarkan perniagaan ini di SSM ( Syarikat Suruhanjaya Malaysia )
-Pastikan anda telah mengetahui ,mempelajari serba sedikit tentang kemahiran
 menggunting terlebih dahulu.
-Memperkenalkan diri anda kepada kenalan-kenalan terdekat tentang
 kemahiran ini.
-Buat latihan gunting rambut ini kepada sanak saudara,rakan-rakan secara
 percuma sebelum anda melangkah ke dunia sebenar gunting rambut.
-Mula mengumpul aset ( barang – barang gunting rambut ) sikit demi sedikit.
-Mula mencari tapak perniagaan yang mudah dilihat oleh orang ramai.

BAGAIMANA MEMPERKENALKAN DAN MEMPROMOSIKAN KEMAHIRAN ANDA KEPADA UMUM

-Sekiranya anda baru membuka perniagaan ini, saya sarankan anda mengambil
 peluang berkenal-kenalan dengan orang ramai terlebih dahulu.
-Sekiranya anda mahir menggunakan computer dan internet cubalah iklankan
 perniagaan anda ( cth : Facebook, Twitter, Blog )
-Membawa peralatan mesin, sikat dan cermin kecil setiap kali anda pergi ke
 mana-mana sebagai promosi sampingan.
-Memberi perkhidmatan  diluar waktu perniagaan dengan pelanggan
 ( pergi ke rumah palanggan )

BAGAIMANA UNTUK MENAMBAHKAN ILMU PENGETAHUAN DAN MEMPERBAIKI MUTU KERJA DARI SEMASA KE SEMASA.

-Sekiranya anda mahu menilai hasil kerja anda kepada setiap pelanggan yang
 telah mendapat perkhidmatan, digalakkan anda mengambil langkah ini sebagai
 rujukan.
-Anda boleh memerhatikan fesyen rambut di sekeliling anda. Setiap orang ada
 fesyen rambut yang berbeza. Anda boleh membuat penilaian serta mengkaji
 perbezaan hasil kerja anda dengan hasil kerja kedai gunting rambut yang lain.
-Sesekali semasa anda bercuti, ambil peluang untuk menambah ilmu dengan
 pergi ke kedai gunting rambut orang lain serta lihat cara dan teknik yang
 digunakan

URUS NIAGA DENGAN PELANGGAN

PERNIAGAAN GUNTING RAMBUT 
-Sahut cabaran untuk ingin tahu selok belok akan kerjaya ini.
-Buang rasa takut dalam diri.
-Cuba memahami seberapa banyak maklumat tentang rambut.
-Meninjau seberapa banyak kaedah yang di gunakan oleh peniaga-peniaga
 gunting rambut.
-Ambil peluang dan jadikan ilmu yang ada sebahagian dari titik perjalanan
 permulaan.

MASALAH-MASALAH YANG SERING TERJADI SEBELUM MEMULAKAN PERNIAGAAN GUNTING RAMBUT
-Ada modal tetapi tiada ilmu pengetahuan yang luas tentang kemahiran ini.
-Tidak mempunyai masa atau modal untuk mempelajarinya.
-Sukar mencari kaedah-kaedah yang di fahami
-Kos pembelajaran yang tinggi dan masa belajar yang panjang.
-Kurang yakin pada diri sendiri.

PERSPEKTIF PELANGGAN
APA KATA ORANG RAMAI TENTANG PERNIAGAAN INI
-Soalan yang biasa di ajukan pelanggan kepada penggunting rambut ada dua
 kategori iaitu PELANGGAN BARU atau PELANGGAN LAMA.
-Soalan pelanggan kepada peniaga yang biasa kita dengar apabila datang ke kedai
 untuk mendapatkan perkhidmatan ini. (pelanggan baru ) peniaga perlu
 memainkan peranan dahulu.
-Peniaga gunting perlu prihatin dengan kehadiran pelanggan baru. Kenali latar
 belakang pelanggan secara lebih dekat. Kebiasaannya pelanggan akan mencuba
 kita terlebih dahulu.
 contoh
En  Ali akan membawa anaknya terlebih dulu ke kedai gunting anda untuk mendapatkan perkhidmatan dari kedai anda sebagai tanda perkenalan sebelum En Ali pula bersetuju untuk menerima perkhidmatan dari anda pula.
-Kenali pelanggan serta ambil peluang yang anda ada semasa anda menjalankan
 tugas menggunting rambut anak En Ali.
contoh
-minta maaf bertanya , saya rasa belum pernah lihat en. sebelum ini?
-anak nak fesyen rambut ape?
-En nak gunting rambut juge ker?
-Kenali pula pelanggan ( anak En Ali ) sebelum meneruskan tugas pemotongan
 rambut
contoh
-adik nak potong rambut macam mana?
-adik dah bersekolah ker?
-Tujuan kaedah ini di guna pakai adalah kerana ianya dapat memberikan kesan
 yang positif untuk jangka masa panjang. PERLU DI INGAT, JANGAN TANYA
 BERKENAAN POLITIK ,AGAMA DAN YANG ADA UNSUR-UNSUR SENSITIF.
-Sila perhatrikan jadual di bawah ini :

LANGKAH 1

 MISI ANDA SEDANG BERMULA

 -Pastikan anda telah bersiap sedia
 - Sebelum terima pelanggan
 -Semua peralatan dalam keadaan baik

KEHADIRAN KALI PERTAMA DISEBABKAN FAKTOR

-Baru berpindah di lokasi baru
-Menemui lokasi perniagaan anda.

 LANGKAH 2

SAMBUT KEHADIRAN PELANGGAN

 -Gunakan beberapa soalan ringkas
   seperti yang di beri kepada pelanggan.

 LANGKAH 3
SEBAGAI PEMERHATI


EN ALI DALAM PERTIMBANGAN UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN
  
-En Ali akan memberi keputusan untuk  menerima perkhidmatan anda sekiranya
  anda berjaya melakukan tugas yang diberi.
-Sekiranya en Ali berpuashati setelah membuat penilaian berkemungkinan besar
 anda berpeluang memberikan perkhidmatan selanjutnya kepada beliau.
-Maka, pelanggan anda akan bertambah.

PELANGGAN TERPILIH SIAP SEDIA MENERIMA PERKHIDMATAN DARI ANDA

-Pelanggan akan menerima apa saja keputusan hasil perkhidmatan.

  LANGKAH 4
PELANGGAN AKAN MEMAKLUMKAN KEPADA ANDA BUTIR-BUTIR FESYEN

-Pastikan anda mendengar dengan teliti serta memahami dan menganalisis
 fesyen yang di minta 

LANGKAH 5
PERALATAN YANG DIPERLUKAN

-Mesin rambut, sikat, penyapu bedak, kerusi duduk, cermin hadapan,
  cermin belakang.

LANGKAH 6 
PILIHAN FESYEN PELANGGAN 

-Antaranya adalah J I, J Q, MOHAWK,
  BROS, LAYER, NAKATA, FLAKTOP,BOTAK dan lain-lain lagi.




MULAKAN TUGASAN
PROSES PEMOTONGAN RAMBUT BERMULA. GUNAKAN KAEDAH-KAEDAH BERIKUT

 -Gunakan mesin rambut ( WHALL ) dan juga sikat berukuran lebih kurang 8 inci      supaya rambut mudah di sikat semasa memotong.

 -Imaginasi fesyen yang di minta pelanggan

 -Untuk fesyen J I  ianya tidaklah rumit ( hanya memilih tapak no mesin )

 -Mulakan pemotongan di kiri atau kanan dengan pilihan no tapak mesin yang di    pilih

 -Memperkemaskan hujung keliling rambut ( antara kulit dan rambut ) dengan
  menggunakan mesin tanpa tapak untuk tugasan ini.

SERVIS PELANGGAN

Bagi anda yang akan memulakan perniagaan ini perkara penting yang perlu di titik beratkan ialah keselesaan pelanggan. Anda perlu menyediakan peralatan-peralatan untuk kegunaan pelanggan. Terdapat dua ketegori pelanggan iaitu :


 PELANGGAN YANG SEDANG MENERIMA PERKHIDMATAN




















 -Sediakan kerusi duduk yang khas kepada pelanggan gunting rambut
 -Meminta pelanggan duduk terlebih dahulu
 -Memakaikan alas leher (cth : tuala)
 -Sikat rambut pelanggan terlebih dahulu
 -Gunakan kain alas badan
 -Membahagi rambut dan mula menganalisa jenis rambut pelanggan
 -Tanya fesyen rambut yang pelanggan mahu

PELANGGAN YANG MENUNGGU UNTUK MENERIMA PERKHIDMATAN





-Sediakan kerusi menunggu yang selesa ( dalam kuantiti yang banyak)
-Kedai berkipas atau berhawa dingin
-Menyediakan bahan bacaan ( cth : surat khabar @ majalah )
-Menyediakan bahan hiburan ( cth : radio @ television )
-Menyediakan buku fesyen rambut atau poster potongan rambut untuk  pelanggan .










 Tujuan :
Pelanggan yang sedang menerima dan yang menuggu perkhidmatan akan rasa selesa dan tidak merasa terlalu lama menunggu atau menerima perkhidmatan dari anda.
Sebagai peniaga baru, perkara-perkara penting yang perlu ada pada diri anda ialah sentiasa memperkemaskan diri dan bersiap sedia menerima apa jua masalah lain yang akan mendatang dan memperbaikinya di masa akan datang.


MENYEDIAKAN PELANGGAN
1-Anda hendaklah meminta pelanggan duduk terlebih dahulu.
2-Anda perlu menganalisa bentuk kepala,raut muka dan tekstur rambut terlebih dahulu
3-Sikat rambut pelanggan terlebih dahulu supaya tidak kusut.
4-Syampu rambut jika perlu jika rambut pelanggan sedang basah.Ini adalah kerana mungkin terdapat banyak yang akan tersangkut pada mesin rambut anda.

PENGURUSAN PERKHIDMATAN PELANGGAN
-Dalam membincangkan topic ini secara lebih jelas, sesi soal jawab di antarpelanggan dan peniaga berkenaan permintaan fesyen pelanggan.Anda akan menerima pelbagai permintaan pelanggan kepada anda untuk mereka.

FESYEN RAMBUT
Mengenai fesyen rambut pula.. anda perlulah bertanya kepada pelanggan ,apakah fesyen yang di ingini.Anda juga perlu tahu serba sedikit asas nama -nama fesyen yang sediaada .Kebanyakan fesyen atau trend rambut sentiasa berubah pada suatu masa.
Pengetauhan berkenaan trend ikutan samaada kanak-kanak  remaja atau dewasa perlulah di ambil berat seiring masa asalkan menepati hukum agama ataupun syarak dalam islam.Ini perlu bagi penggunting rambut yang beragama islam.




















































































































































Setiap ketegori pelanggan menpunyai pelbagai  pilihan potongan rambut.Anda sebagai pembantu perlulah mendapatkan info atau kehendak setiap pelanggan.Anda perlu memahami  serta mendalami jiwa pelanggan anda baik yang keci atau yang dewasa tanpa memilih -milih .Pastikan layanan yang di beri adalah adil dan saksama.

KETEGORI KANAK-KANAK
PERMINTAAN PELANGGAN
-POTONGAN RAMBUT KEMAS
-ATAS POTONG SEDIKIT LAYER KEMAS









KETEGORI REMAJA 
PERMINTAAN PELANGGAN 1












-BUAT POTONGAN SLOP LAYER PANJANG ASAL
-TEPI POTONG TIPIS SLOP GANTUNG
-BELAKANG BAWAH POTONG V SLOP GANTUNG
-SIDEBEN V










PERMINTAAN PELANGGAN 2















SOALAN LAZIM PENIAGA KEPADA PELANGGAN
-PENIAGA : Nak gunting fesyen ape yea?
-PELANGGAN : Gunting fesyen BROS nipis atas petak 2

LANGKAH SETERUSNYA
1-Gunakan sikat terlebih dahulu untuk pengurusan rambut pelanggan. kedudukan anda perlulah di posisi belakang pelanggan.Gunakan sikat berukuran 8 inci bagi memudahkan anda memegang sikat tersebut.anda boleh juga memulakan pemotongan rambut di bahagian tepi kanan atau kiri. Sunat bagi yang beragama Islam untuk memotong di sebelah kanan dahulu.Gunakan mesin potong rambut yang berkualiti bagi mendapatkan potongan yang cantik.Mata mesin yang tajam melancarkan proses pemotongan. Gunakan alas tapak mesin no 4. Potong guna mesin di sekitar atas rambut dahulu. Tinggalkan bahagian yang lain dahulu. Kemudian gunakan alas tapak mesin rambut no 2 dan mula membuat petak di bahagian atas sekali sehingga  kepala berbentuk petak. Gunakan tapak alas mesin no 1 sekali lagi di bahagian atas sekali untuk mendapatkan bentuk petak yang sempurna.
2-Setelah bahagian atas rambut berbentuk petak, kini anda perlu menyelesaikan pula di bahagian tepi sudut kiri dan kanan. Mulakan dengan memotong bahagian ini menggunakan tapak alas mesin no 2 terlebih dahulu di bahagian tersebut. Potong kiri, belakang dan kanan untuk mendapatkan kekemasan bentuk petak.Gunakan alas tapak mesin no 1 sebagai jalan terakhir potongan.Potongan hendaklah di lakukan pada sudut kanan ,kiri dan belakang. Anda akan dapat melihat hasilnya.


MINYAK RAMBUT.
POMADE























































SET POMADE LEGACY 2015

LEGACY POMADE WATERBASE (biru)
RM40 SEMENANJUNG MALAYSIA (Pembelian terus di kedai kami)
RM43 SABAH / SARAWAK

Ciri-ciri
-firm hold
-fiber formula
-bau stawberry
-natural..
-bukan chemical based
-senang cuci.. hanya pakai air


LEGACY POMADE GREASEBASE (merah)
RM30 SEMENANJUNG MALAYSIA (Pembelian terus di kedai kami)
RM33 SABAH / SARAWAK

Ciri-ciri
- oil based
- strong hold
- bau watermelon
- sesuai utk aktiviti outdoor
- natural
- walaupun dia oil based tpi bila pakai minyak xturun ke muka..
- waterbase pakai fiber formula yg mana production dia rumit sedikit berbanding dgn greasebase yg pakai oil sahaja
- waterbased lagi senang cuci dari greasebase

*BOLEH DAPATKAN TERUS DI KEDAI KAMI
*HARGA TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN..



















Terdapat pelbagai jenis pilihan minyak rambut yang di gunakan untuk kekemasan rambut agar sentiasa kelihatan kemas .Bagi pelanggan yang sentiasa menitik beratkan dari segi rekaan serta gubahan pada rambut akan memilih minyak rambut yang selesa di pakai serta sesuai pada masa serta mengetauhi kegunaan minyak rambut yang di pilih sebelum di guna pada rambut. Di antara salah satu kategori minyak rambut yang popular bagi kedai-kedai barbershop adalah seperti POMADE. Pomade ini mudah di pakai dan mudah membentuk rambut yang di ingini.

CONTOH GAMBAR POTONGAN RAMBUT FESYEN PETAK SEBELUM DAN SELEPAS












POTONGAN RAMBUT FLETTOP
SOALAN LAZIM PENIAGA KEPADA PELANGGAN
-PENIAGA : Nak gunting ape yea?
-PELANGGAN : Gunting petak FLEPTOP tepi buat 2 belakang dan atas buat 4

Fesyen ini hampir serupa dengan fesyen broos seperti gambar di atas,yang membezakannya potongan rambut tidak terlalu nipis di sekitar atas dan belakang kepala.

LANGKAH SETERUSNYA
-Gunakan sikat untuk meratakan kedudukan rambut pelanggan terlebih dulu.
  Posisi anda perlulah meratakan pelanggan,kemudian gunakan alas mesin
  pemotong rambut tapak no 4. Mulakan pemotongan secara serong. Potongan
  tepi kanan dan kiri perlulah sama. Kedudukan anda berada di posisi kanan atau
  kiri pelanggan. Ini bertujuan membuat lakaran terlebih dahulu.
-Dibahagian atas pula di potong dengan mengunakan alas tapak mesin no 5
  terlebih dahulu. Kemudian tapak mesin no 4 dan tapak mesin no 2 di gunakan
  selepas itu. Ini bertujuan untuk mendapatkan kedudukan fesyen fleptop yang
  di mahukan.
-Anda perlu membuat lengkungan di bahagian tepi kiri atau kanan, bermula
  sudut tinggi kepada rendah. hanya di bahagian tepi sahaja. Pastikan kesemua
  potongan yang anda buat telah rata keseluruhannya sebelum mengakhiri tugas
  pemotongan.
-Gunakan mata mesin di bahagian tepi sebelah sudut kanan untuk memotong
  sudut hujung rambut di posisi sebelah kiri.
-Gunakan mata mesin di bahagian di posisi tepi sudut kiri mata untuk memotong
  sudut hujung rambut di posisi sebelah kanan. Kedua-dua tugas ini bertujuan
  untuk mendapatkan lakaran sepenuhnya sebelum memulakan tugas mencukur.

SOALAN LAZIM PENIAGA KEPADA PELANGGAN
-PENIAGA : Nak gunting fesyen ape yea?

-PELANGGAN : Gunting fesyen Botak licin 

LANGKAH SETERUSNYA
-Untuk memulakan proses pemotongan jenis fesyen ini, anda perlu menyediakan pisau pencukur,sabun pelembab ,berus sapuan kepala.Pastikan sebelum pencukuran di lakukan kain alas badan pelanggan telah pun di pakai terlebih dahulu.
Langkah pertama anda menggunakan kaedah memotong rambut pelanggan menggunakan mesin rambut tanpa alas tapak. Potongan di buat di sekitar kepala.
-Setelah proses pertama ini selesai ,pastikan saki baki rambut di buang terlebih dahulu dan kemudian sediakan mata pencukur serta sapu dahulu kepala pelanggan menggunakan sabun pelembab kulit di sekitar kawasan yang hendak di cukur.Mulakan cukuran mengikut arah tumbuh rambut.Lakukan proses ini di sekitar kepala sehingga habis.

CONTOH GAMBAR POTONGAN RAMBUT FESYEN BOTAK LICIN SEBELUM DAN SELEPAS












Sekiranya pelanggan meminta anda membuat pencukuran muka,bahagian tepi,dagu dan leher,anda perlulah melaraskan bahagian penyandar belakang pelanggan bagi melakukan proses pencukuran.Pastikan pisau cukur yang akan di gunakan sentiasa tajam.Ini untuk mengelakkan berlakunya luka pada kulit semasa pencukuran.


 BAHAGIAN PENCUKURAN I JANGGUT, MISAI ATAU MUKA.
-Turunkan sedikit kerusi di bahagian tempat sandar untuk memudahkan anda
  mendapat posisi selesa semasa mencukur.
-Sapukan bahan seperti sabun atau pembuih di bahagian yang nak di cukur.
-Sediakan kain @ boleh juga gunakan span untuk membersihkan kawasan yang
  telah di cukur.


MENCUKUR PELANGGAN



Perkara ini adalah satu proses penyelesaian akhir yang biasa di gunakan terhadap pelanggan untuk membuang bulu roma yang tinggal. Untuk proses ini anda perlu menyediakan peralatan pencukuran. Sediakan pisau mencukur.Sebelum itu sapukan sedikit pelembab kulit ketempat yang akan di cukur.Ini dapat mengelakkan kulit yang di cukur tidak luka dan bulu roma yang di cukur mudah hilang.Pastikan anda telah mempelajari cara memegang pisau lipat ini dengan cara yang betul.


KAEDAH PENCUKURAN
-Gunakan pisau cukur berganti bagi setiap pelanggan.
-Memulakan pencukuran di sebelah kanan,kiri,belakang,atas kepala.Terpulang kepada keselesaan anda. Pastikan anda tahu cara
 memegang pisau dengan betul.
-Elakkan dari menggunakan pisau yang tumpul.
-Setelah selesai simpan pisau di tempat yang selamat dan jauh dari kanak-kanak.

PENCUKURAN MENGGUNAKAN MATA PISAU LIPAT SEPERTI DALAM CONTOH GAMBAR DI BAWAH





PENCUKURAN MENGGUNAKAN MESIN RAMBUT SEPERTI CONTOH GAMBAR DI BAWAH



 Didalam mempelajari cara menggunting ,terdapat banyak kaedah yang boleh di guna pakai.Ianya bergantung kepada cara anda menyusun strategi mereka cipta bentuk gaya rambut pelanggan.Bagi yang sudah mahir ia tidak rumit menjalankan setiap proses pemotongan rambut yang di beri.Tidak semua potongan setiap pelanggan melalui proses cukur.Sekiranya pelanggan anda tahu menggunakan mesin rambut untuk menggantikan pisau cukur menggunakan kaedah tertentu , pencukuran ini di kecualikan.

-MAKLUMAT : 
-pencukuran perlu di buat apabila ada bulu roma yang tinggal di  antara rambut dan kulit pelanggan.
-sekiranya tiada bulu roma yang tinggal,tidak perlu cukur. Cukup dengan menggunakan mesin tanpa tapak.


-gunakan bahan sabun pencukur sebelum mencukur.
-gunakan berus pencukur khas untuk membuat sapuan pada tempat yang perlu di cukur sahaja.



JENIS-JENIS PELANGGAN KEDAI GUNTING RAMBUT
-Terdiri dari berbilang bangsa dan juda terdiri dari peringkat usia muda hingga 
  ke warga emas
-Untuk usia warga emas, kebanyakkan mengekal fesyen yang sama iaitu fesyen J I
  tapak 1 hingga 4

MENGENAI JENIS RAMBUT DANFESYEN RAMBUT YANG SESUAI
-Terdapat pelbagai rupa bentuk kepala  dan jenis rambut. Jenis rambut pelanggan
  yang akan anda temui berbeza-beza begitu jaga dengan rupa bentuk kepala
  pelanggan.
-Diantara jenis rambut yang biasa kita dapat lihat :


JENIS RAMBUT LURUS ( POTONG PENDEK )
Jenis rambut ini pula terbahagi kepada 2 sama ada rambut ini kasar @ halus. Kebanyakkan pelanggan yang memiliki rambut ini lebih cenderung dengan pemilihan fesyen rambut yang pelbagai. Di antara fesyen untuk rambut lurus ialah:

A- FESYEN RAMBUT BROS @ PETAK
B- FESYEN RAMBUT FLEPTOP
C- FESYEN POTONGAN KEMAS ( BIASA @ LAYER )

JENIS RAMBUT IKAL MAYANG

 Jika asal rambut pelanggan tidak terlalu panjang agak mudah bagi anda membentuk rupa rambut dan jika panjang pula, anda perlukan teknik –teknik mengunting kerana kesilapan senang berlaku pada rambut jenis ini.

KATEGORI PELANGGAN
JENIS-JENIS PELANGGAN KEDAI GUNTING RAMBUT
-Terdiri dari berbilang bangsa dan juda terdiri dari peringkat usia muda hingga 
  ke warga emas
-Untuk usia warga emas, kebanyakkan mengekal fesyen yang sama iaitu fesyen J I
  tapak 1 hingga 4

MENGENAI JENIS RAMBUT DAN FESYEN RAMBUT YANG SESUAI
-Terdapat pelbagai rupa bentuk kepala  dan jenis rambut. Jenis rambut pelanggan
  yang akan anda temui berbeza-beza begitu jaga dengan rupa bentuk kepala
  pelanggan.
-Diantara jenis rambut yang biasa kita dapat lihat :










JENIS RAMBUT LURUS ( POTONG PENDEK )
Jenis rambut ini pula terbahagi kepada 2 sama ada rambut ini kasar @ halus. Kebanyakkan pelanggan yang memiliki rambut ini lebih cenderung dengan pemilihan  A- FESYEN RAMBUT BROS @ PETAK B- FESYEN RAMBUT FLETOP  C-FESYEN POTONGAN KEMAS ( BIASA @ LAYER )

JENIS RAMBUT IKAL MAYANG
Jenis rambut ini kebiasaanya di gunting pendek kemas mengikut bentuk rupa kepala pelanggan. Jika asal rambut pelanggan tidak terlalu panjang agak mudah bagi anda membentuk rupa rambut dan jika panjang pula, anda perlukan teknik –teknik mengunting kerana kesilapan senang berlaku pada rambut jenis ini.

Seperti perniagaan yang lain, perniagaan ini juga mempunyai beberapa  ketegori pelanggan.Kesemuanya meletakkan matlamat yang sama iaitu untuk kelihatan kemas dan bergaya.Tua mahupun yang muda inginkannya  apabila sampai masanya.Tugas anda menyelesaikannya dengan memberikan khidmat anda.Kehendak serta permintaan juga berbeza. Apa yang perlu anda buat mestilah mengikut sahaja.Pelanggan anda yang akan menilai hasil kerja anda.


GUNTING RAMBUT KANAK-KANAK
Untuk menggunting kanak-kanak anda perlu memberi perhatian sepenuhnya.Ini kerana kanak-kanak kebanyakannya tidak mudah duduk lama di kerusi gunting.antara sebab -sebab berlaku demikian adalah: 

1-Cebisan potongan yang terkena kulit akan buat kanak-kanak merasa gatal.
2-kanak-kanak yang jarang gunting rambut akan berasa diri mereka tidak selamat setiap kali di gunting kerana sebulan hanya sekali di gunting.

Anda juga perlu sentiasa menenangkan pelanggan kanak-kanak ini serta sudi melayan kerenah mereka sewaktu menggunting rambut.


KETEGORI FESYEN RAMBUT KANAK-KANAK






KETEGORI FESYEN RAMBUT REMAJA
Untuk makluman anda pelanggan yang berusia muda fesyen rambut mereka sentiasa berubah -ubah. Anda harus peka dengan keadaan semasa dan perubahan gaya rambut masa kini.Kebanyakan fesyen adalah dari luar negara. Adalah menjadi tanggung jawab anda mengetauhinya dan tidak ketinggalan dengan arus perubahan ini.Ini kerana kebanyakan mereka sudah terdedah lebih awal melihat gaya rambut dari banyak sudut samaada di majalah mahupun di kaca televisyen @ di internet .Mereka mahu seperti idola mereka.Perubahan bentuk fesyen rambut artis juga sentiasa berubah. .Ini merupakan  salah satu cabaran untuk kerjaya ini.Dalam soal ini anda lah yang akan mencorakkan ... lihat contoh gambar fesyen.














CITARASA PELANGGAN 
Kebanyakan pelanggan  mempunyai pilihan pemotongan rambut tersendiri. Kebanyakankan  mengekalkan fesyen rambut yang sama setiap kali ke kedai gunting. Walau bagaimana pun , sebagai penggunting rambut , anda perlu mendapatkan kepastian terlebih dahulu dari pelanggan bagi  memudahkan tugas anda.Mereka lebih suka potongan pilihan mereka dan mengikut perubahan fesyen.Anda hanya perlu mengenal pasti fesyen yang sedia ada dan terkini.

KETEGORI FESYEN RAMBUT 
BERIKUT ADALAH CONTOH GAMBAR



























PELANGGAN WARGA EMAS.
Pelanggan peringkat ini agak mudah untuk di uruskan.Kebanyakan pelanggan di usia ini mahukan rambut yang pendek dan kemas.Keadan ini memudahkan anda menguruskannya.Sekiranya khidmat anda di minta pelanggan yang kurang upaya hadir di rumah cubalah anda bantu.Cara yang demikian mengurangkan dan meringankan beban pelanggan.Kebanyakan di usia begini faktor kesihatan membataskan warga emas ini untuk ke kedai anda.

KENALI JENIS RAMBUT
Setiap pelanggan yang hadir pasti mempunyai jenis rambut yang berbeza. Terdapat  3jenis rambut yang biasa  boleh kita lihat antara jenis rambut
a - Lurus-Kesemua jenis rambut ini mempunyai kaedah -kaedah yang berlainan dan sememangnya perlu sedikit pengetahuan asas berkenaan rambut.
b - Ikal-sukar bagi sesiapa yang tidak pernah mencuburi bidang ini untuk menggunting rambut jenis ini.
c - kerinting-Tetapi jika tahu ianya tidak menjadi masalah.

LANKAH-LANGKAH UTAMA
PERMINTAAN PELANGGAN
Semasa anda hendak memulakan langkah-langkah menggunting rambut pelanggan ,anda perlu terlebih dahulu mengenal pasti permintaan pelanggan.Langkah ini perlu supaya tidak timbul ketidakpuasan pelanggan apabila selesai khidmat yang anda berikan.Pastikan anda telah dapat mengenal pasti fesyen  rambut yang di inginkan oleh pihak pelanggan.  Sekiranya pelanggan sendiri kurang pasti tentang fesyen rambut boleh lah di berikan contoh -contoh fesyen rambut dalam ruagan buku fesyen. Kaedah ini lebih mudah bagi anda untuk melakukan guntingan rambut pelanggan.

FAHAMI KEHENDAK PELANGGAN
Setelah mengenal pasti jenis fesyen rambut yang di ingini pelanggan,barulah kerja-kerja gunting dilakukan Langkah -langkah berikut boleh anda gunakan ketika kerja gunting hendak di jalankan.Terdapat sudut-sudut yang perlu anda perhatikan. Antara sudut -sudut utama ialah sudut hadapan, belakang ,kiri dan kanan.Anda hendaklah memastikan adakah keadaan rambut pelanggan panjang atau pun sederhana ,atau pendek.Sekiranya keseluruhannya adalah panjang manakala permintaan pelanggan pula adalah jenis pilihan potongan adalah pendek dan kemas ,anda mulakan dengan sudut belakang. Sekiranya rambut pelanggan adalah sederhana atau pendek anda boleh mulakan dari bahagian tepi.

TINDAKAN
Bagi memudahkan anda melaksanakan tugasan ,anda perlu menggunakan mesin rambut beserta tapak mesin ,dan mulakan potongan dari bahagian belakang.Sikat di perlukan bagi meyelak rambut yang hendak di potong.Tegakkan atau condongkan sedikit sikat sebelum rambut di potong.Buat selakkan rambut di bahagian belakang samaada kiri atau kanan.Kemudian buat perkara yang sama di sebelah kanan dan kiri. Perhatikan perubahan setelah rambut di potong.Pastikan potongan anda rata dan tidak bergelombang.Perkemaskan dahulu di ruang hujung segi rambut.Setelah kemas barulah mereka bentuk di bahagian atas rambut.Sekiranya pelanggan mahu fesyen rambut di sebelah atas adalah kemas, anda perlu berhati -hati . Potongan perlu seinci demi seinci dan jangan ambil terlalu pendek bagi mengelakkan rambut terangkat di sebabkan terlalu pendek. Jika ini berlaku tiada jalan lain untuk anda .Anda tidak perlu menyatakan kesilapan anda pada pelanggan,anda boleh minta untuk pelanggan cuba fesyen yang baru.Di sini anda perlu memainkan peranan anda.Sekiranya ke seluruhan tugasan anda mengikut apa yang di kehendaki pelanggan pada asalnya,tahniah kerana anda telah berjaya menguruskan pelanggan anda.Semasa proses gunting rambut di buat ,anda perlulah bertanya terlebih dahulu setiap potongan yang di mahukan.Bahagian -bahagian ini sering menjadi perhatian pelanggan antaranya ialah bahagian atas . Tanya pelanggan terlebih dahulu sebelum meneruskan proses pemotongan.Anda adalah pereka bentuk rambut pelanggan.Gunakan kretiviti anda untuk mereka cipta.

JENIS LELAKI RAMBUT PANJANG
Pertanyaan saya kepada pelanggan
a- ye abang nak fesyen ape?
a -Saya nak pendekan bahagian tepi tipis kemas,atas gunting separuh je, belakang sebelah atas gunting separuh,bahagian rambut belakang leher buat kemas.


CONTOH -CONTOH PERMINTAAN PELANGGAN

LIHAT GAMBAR SEBELUM DAN SELEPAS














PERMINTAAN PELANGGAN
Kepada anda yang baru terlibat dalam pengguntingan rambut ,ini salah satu contoh potongan permintaan pelanggan yang dapat anda gunakan sebagai rujukan.



Ketegori (Pelanggan Kanak-Kanak)

Permintaan Pelanggan
-Buat potongan kemas
-tidak cukur

Gambar Sebelum Dan Selepas











 Anda juga perlu sentiasa menenangkan pelanggan kanak-kanak ini serta sudi melayan kerenah mereka sewaktu menggunting rambut.





Ketegori (Pelanggan Remaja)

-gunting kemas
-Tepi kiri buat potongan guna mesin paras line.
-Tepi kanan potong rendah.
-Sudut belakang buat potongan v
-Rambut atas potong layer rambut panjang asal.
-Tidak perlu buat cukuran.

LIHAT GAMBAR HASIL SEBELUM DAN SELEPAS



 










SUDUT BAHAGIAN ATAS RAMBUT

Sudut ini anda boleh lihat dari belakang pelanggan dengan berpandukan cermin hadapan . Ada yang pelbagai rupa yang dapat anda lihat. Untuk topik ini anda perlu menyikat terlebih dahulu keadaan rambut pelanggan. Setelah anda telah dapat mengenal pasti potongan yang akan di buat ,barulah kerja pemotongan di lakukan.

CONTOH GAMBAR












SUDUT BAHAGIAN BELAKANG RAMBUT

Sudut ini anda boleh lihat dari belakang pelanggan  . Ada yang pelbagai rupa yang dapat anda lihat. Untuk topik ini anda perlu menyikat terlebih dahulu keadaan rambut pelanggan. Setelah dapat mengenal pasti keadaan rambut barulah potongan di buat.









SUDUT BAHAGIAN SUDUT TEPI KIRI RAMBUT













SUDUT BAHAGIAN KANAN RAMBUT











Penerangan

Apabila rambut pelanggan di sikat rata, anda mulakan dengan menyelak dari bahagian tepi samaada kiri atau kanan dan pastikan tulang bahagian belakang sikat jejak pada kulit rambut manakala jalur sikat di atas di condongkan ke atas beberapa darjah. Gunakan mesin gunting atau gunting untuk memotong bahagian atas sikat.Ubah kedudukan serta guna langkah yang sama pada setiap tempat rambut yang hendak di potong .Ulangi sehingga terbentuk keadaan yang sama rata.



PENGURUSAN KEDAI DAN PENJAGAAN PERALATAN GUNTING RAMBUT
Uutuk memudahkan anda berurusan dengan pelanggan ,sebaiknya pengurusan kelengkapan peralatan perlulah anda sediakan supaya semua pengurusan berjalan lancar.
Salah satu cara untuk pelanggan mengenali tanda kedai anda dengan memasang lampu BARBER POLE. Penggunaan lampu ini melambangkan tanda utama bagi sesebuah kedai barber.setiap warna belang putih ,merah serta biru mempunyai kaitan sejarah di era awal pengenalan barbershop itu sendiri.





Koleksi peralatan simpanan peribadi ini merupakan mercu tanda sesebuah kedai gunting yang terkenal dengan sejarahnya tersendiri.Amat sukar di masa ini untuk mendapatkan koleksi seperti ini kerana peralatan yang di jangka puluhan tahun hayat dengan kualiti yang di jamin seratus- peratus pembuatannya dan mempunyai daya penarik serta antik. .Keseluruhan hasil buatan import serta harga  dan di perbuat dengan keseluruhan besi still menambah lagi mutu pada peralatan ini .Kini ia di jadikan sebagai koleksi peribadi.












PERSIAPAN DIRI 

PAKAIAN ALAS SEMASA BERTUGAS
Sekiranya anda melakukan tugasan kerja menggunting rambut dalam tempoh   masa yang panjang ,sebaik-baiknya pemakaian pakaian separti  baju alas serta penutup mulut perlulah anda gunakan .Ini baik untuk anda supaya tidak di jangkiti wabak penyakit  kerana bakteria mudah merebak kesaluran pernafasan sepanjang anda melakukan tegasan kerja.Ini akan memudaratkan kesihatan anda. Sekiranya kesihatan anda terganggu berkemungkinan pula perkhidmatan anda juga akan terganggu .Ini bermaksud kedai anda perlu di tutup sementara kesihatan anda kembali pulih seperti sediakala.














Pentingnya pemakaian penutup mulut semasa bertugas .
Apa yang dapat di lihat,terdapat sebisan rambut melekat yang tertinggal pada penutup mulut yang telah di gunakan .


Sebagai peniaga  anda hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan yang bersedia sebelum memberi khidmat kepada pelanggan anda.Pada masa ini segala tindakan anda akan di perhatikan oleh pelanggan anda yang terdiri dari pelbagai peringkat umur.Anda hendaklah mementingkan kekemasan diri anda.Imej diri anda amat penting .Keadaan ini menunjukkan anda adalah seorang yang mementingkan kekemasan dalam tugas anda.Setiap pelanggan yang hadir perlulah di sambut supaya pelanggan rasa di hargai.Kehadiran mereka ini hendaklah di beri layanan sebaik-baiknya. Bagi yang sedang menunggu giliran, anda boleh menyediakan majalah -majalah sebagai bacaan untuk pelanggan.terpulang pada anda jenis majalah.sebaik -baiknya majalah yang boleh di baca kesemua peringkat umur.Persekitaran tempat menunggu hendaklah di pastikan bersih.kerana pelanggan akan menunggu agak lama sebelum tiba giliran masing-masing. Anda boleh mendapatkan maklumat- maklumat dan informasi setiap pelanggan anda. Setiap pelanggan kebiasaannya suka di ambil berat .Inilah masa yang sesuai untuk anda berkongsi cerita.Keadaan ini amat baik untuk perniagaan anda untuk masa akan datang.Kebolehan keramahan  anda ini boleh memberi kesan positif pada khidmat anda. kepada pelanggan. Apa yang perlu anda ingat janganlah sampai menyinggung hati pelanggan anda.Peralatan gunting perlulah berkeadaan baik. bagi anda yang mementingkan kualiti hasil gunting ,peralatan gunting perlulah tajam.Gunting yang tidak tajam akan menyukarkan kerja ketika menggunting rambut.Hasil dan mutu boleh terjejas sekiranya langkah ini di abaikan

KAIN ALAS PELANGGAN
Kegunaan kain ini berfungsi sebagai penutup / alas badan pelanggan. Seeloknya gunakan kain khas yang ada di jual di kedai peralatan perniagaan gunting.Tetapi tidak menjadi masalah jika anda gunakan kain biasa sahaja.Pastikan kain yang di gunakan adalah kain jenis licin bagi memudah kan kain yang di gunakan nanti di bersihkan.Kain yang tidak licin akan menyebabkan rambut lekat pada kain.















CARA PENJAGAAN
PERALATAN 







a -Pastikan anda tidak gunakan peralatan  gunting ini pada bahan yang lain.mata gunting akan mudah tumpul sekiranya anda berbuat demikian.Pastikan ianya di khaskan untuk rambut sahaja.
b -Letakkan minyak mesin setelah selesai operasi perniagaan tamat.
c -pastikan gunting di simpan di tempat yang selamat supaya tidak jatuh ke lantai .sekiranya keadan ini terjadi risiko kerosakan pada alat gunting berkemungkinan akan berlaku. sekiranya keadaan ini berlaku peralatan ini tidak dapat digunakan.



SIKAT
Sikat juga merupakan salah satu peralatan yang perlu ada untuk  kegunaan  semasa kerja -kerja pemotongan rambut di lakukan.Rambut yang sebelum di potong perlu di rapikan dan selepas di potong juga perlu di rapikan. Terdapat pelbagai jenis sikat bergantung keperluan kegunaan semasa kerja pengurusan  pemotongan rambut .Pengguna perlu mengetauhi setiap fungsi sikat itu sendiri  sebelum menggunakannyakerana terdapat pelbagai jenis rekaan sikat yang ada.












PERALATAN  MESIN RAMBUT
Mesin rambut adalah penggunaan kaedah yang lebih mudah untuk di gunakan pada masa ini.
Kebanyakan jenis yang berjenama  WAHLL USA menjadi pilihan kebanyakan kedai gunting. Penggunaannya lebih mudah serta ketahanan semasa di gunakan boleh bertahan lama.Ketajaman mata mesin pula adalah baik. Ada dua kategori khas pilihan  mesin rambut 


Untuk profesional (Perniagaan Kedai Gunting)
-biasanya untuk kegunaan di kedai gunting yang memerlukan kekerapan pemotongan hanya satu mesin rambut. Harga boleh mencapai RM 250++  kerana ketahan coil (moto mesin)

Untuk Personal  ( Persendirian Sahaja)
-biasanya kegunaan persendirian sahaja dan di gunakan sekali sekala .Tempoh masa penggunaan agak terhad untuk pemotongan rambut. Harga sekitar 200 kebawah.

Anda perlu tahu untuk memilih di antara kedua pilihan.Hanya anda yang tahu pilihan mesin yang mana untuk kegunaan anda .Biasanya untuk peniaga adalah yang Profesional manakala untuk peribadi bagi kegunaan keluarga atau sekali sekala adalah Personal.


PILIHAN MESIN RAMBUT UNTUK KEGUNAAN KEDAI GUNTING RAMBUT DAN CARA PENJAGAANNYA


  


HAIR CLIPPER
WAHL ORIGINAL  HAIR CLIPPER GREAD A

WAHL ORIGINAL HAIR CLIPPER GREAD A


WAHL HAIR CLIPPER USA GREAD C


TUTORIAL SEDIKIT PERKONGSIAN BERKENAAN MESIN WAHL SUPER TAPER

WAHL HAIR CLIPPER SUPER TAPER


 -gambar di atas yang di ambil dari sudut bahagian dalam mesin yang telah di uji ketahanannya.Mesin ini telah hampir dua tahun di gunakan. Kedua-dua mesin WAHL HAIR CLIPPER SUPER TAPER wahl 25013 ini menpuyai beberapa perubahan dari segi reka bentuk dalaman untuk kualiti setiap peralatan apabila di gunakan.
-Keadaan ini boleh terjadi apabila kekerapan penggunaannya hampir setiap hari di gunakan untuk proses pemotongan rambut pelanggan di kedai .

-Terdapat keluaran Wahl menggunakan plug penyambung eletrik jenis soket tapak dua dan jenis soket tapak tiga.
-Moto pada mesin juga terdapat perbezaan untuk setiap keluaran.






MATA MESIN CLIPPER BLADE 
BERFUNGSI  UNTUK MEMBUAT POTONGAN


ARM KELUARAN WAHL
(Gambar di bawah)







SEBAGAI PENYAMBUNG BEKALAN KUASA ELETRIK

PELARAS MATA MESIN

SEBAGAI PENETAP KEDUDUKAN MATA MESIN

PENGAPIT PADA ARM

PELARAS KUASA 

 SEBAGAI BEKAS KOMPONEN




WAHL HAIR CLIPPER SUPER TAPER


Wahl hair clipper super taper wahl 25013 adalah salah satu peralatan mesin rambut yang terbukti teruji  dengan ketahanan yang lasak untuk barbershop yang aktif di dalam pemotongan rambut.Inji dapat di buktikan dari kajian yang telah di buat pada setiap mesin rambut.Setiap mesin rambut mempunyai perbezaan dari segi reka bentuk luaran dan dalaman .Walau apa pun perbezaannya fungsi utama kegunaannya adalah untuk memotong rambut.Antara cirri-ciri perbezaan yang terdapat pada mesin adalah dari segi harga dan ketahannya serta penggunaan yang kerap bagi kegunaan kedai atau  kegunaan sekali-sekala.Semua  ciri ciri ini perlu di ambil perhatian di dalam membuat pemilihan sebelum memiliki sebarang bentuk mesin rambut yang terdapat di pasaran .

Kepada yang tidak pernah tahu ciri-ciri luar dan dalam sedikit perkongsian untuk pengetahuan  bersama.
Terdapat pelbagai keluaran yang hampir serupa dengan keluaran asal .Agak sukar untuk menentukan ketulinan peralatan mesin rambut.Terdapat dua  keluaran mesin rambut WAHL  pada masa kini yang biasanya di gunakan di kedai gunting rambut yang fungsi dan ketahanannya masih tetap di kekalkan sehingga kini untuk anda ketauhi.
Salah satu cara untuk memastikan ketulinan pada mesin rambut ini adalah pada cop yang terdapat pada setiap keluaran samaada pada sudut keluaran kotak, moto mesin, berat mesin, tahap gegaran .
Ketulinan pada cop keluaran yang membezakan diantara pengeluar rasmi dari USA adalah sebahagian symbol utama keluaran produk peralatan ini.Buatan selainnya ada juga keluaran cop campuran darisegi COMB pada tapak mesin .Keluaran pada mesin adalah dari USA manakala pada ketikanya  peralatan mesin ini di import dari negara CHINA.China juga adalah merupakan salah satu negara mewakili pengeluaran berkaitan peralatan mesin jenis ini.
Untuk keluaran 100% Original keseluruhan cop adalah dari buatan USA serta dari negara -negara yang mewakili pengeluaran. pastikan peralatan bukan dari tiruan.


HAIR CLIPPER
WAHL ORIGINAL GREAD A


WAHL ORIGINAL GREAD A


WAHL USA GREAD C

























   Kepada anda yang baru pertama kalinya mengenali peralatan mesin  pemotong rambut eletrik seperti dalam gambar boleh mempelajarinya di sini.Kenali komponen – komponen  yang terdapat pada  mesin  pemotong ini dan fungsi-fungsinya serta aspek keselamatan yang perlu anda tahu untuk menggunakan mesin pemotong rambut eletrik ini ketika tugasan pemotongan di lakukan serta cara penjagaan nya.

Di antara jenis-jenis mesin yang menjadi pilihan pengguna seperti di bawah.Walaupun adalah jenis keluaran jenama yang sama.Setiap mesin wahl ini mempunyai ciri-ciri yang membezakan setiap mesin serta  tahap ketahanan yang berbeza.

-wahl 25013


Sekiranya anda ingin mendapatkan mesin pemotong rambut pada waktu ini ,beberapa perkara perlu anda tahu . Senarai  komponen yang terdapat pada mesin adalah seperti  berikut:

1-Mata pisau pemotong (1set)
2-Suis  on/off
3-Kabel  bekalan eletrik
4-Skru pelaras
5-Pelindung mata pisau
6-Minyak untuk mata pisau mesin
7-Sikat-sikat tambahan  (bergantung pada setiap keluaran model


MAKLUMAT PENTING KEPADA PEMBELI DAN PENGGUNA PERALATAN .

Untuk keselamatan pengguna  pengetahuan dari aspek keselamatan  adalah penting dan jangan sesekali di abaikan.Di antara maklumat keselamatan yang akan di kongsikan semasa menggunakan peralatan eletrik  (mesin pemotong rambut)
1-Guna peralatan mesin untuk pemotongan pada rambut sahaja.
2-Sambungkan kabel peralatan kepada voltan ulang alik sahaja dan patuhi kadar voltan.
3-Jangan sentuh peralatan sekiranya peralatan terjatuh atau basah di sebabkan terkena air.
4-Pastikan  sambungan bekalan eletrik di cabut sekiranya peralatan tidak di gunakan lagi pada satu-satu masa.
5-Elakkan menggunakan peralatan di bilik mandi untuk mencegah peralatan dari jatuh atau terkena air.
6-Jangan tinggalkan peralatan tanpa pengawasan 
7-Gunakan peralatan ini untuk kegunaan yang wajar sahaja.
8-Jangan gunakan peralatan sekiranya kabel bekalan eletrik rosak.
9-Jauhi kabel bekalan eletrik dari permukaan yang panas.
10-Jangan masukkan atau benarkan apa-apa objek jatuh dalam bukaan pada peralatan .
11-Jangan gunakan peralatan ini dimana produk aersol (semburan) yang sedang di gunakan atau di mana oksigen dilepaskan.
12-Jangan gunakan peralatan ketika rosak.


UNTUK PENGGUNAAN  PERTAMA KALI
1-Letakkan sedikit minyak pelincir pada mesin baru yang akan di gunakan.
2-Sambungkan penyambung kabel untuk mendapatkan bekalan tenaga.
3-Nyalakan menggunakan suis on/off yang terdapat berdekatan pemegang mesin.
4-mesin  normal boleh di nilai pada bunyi klik setiap kali memetik suis pada mesin serta getaran pada mesin juga adalah normal selama menggunakan peralatan.

MENETAPKAN KUASA PADA PERALATAN MESIN RAMBUT.
Terdapat bahagian utama peralatan mesin yang di namakan mata pemotong yang bertindak memotong setiap helaian rambut.Setiap geseran  kedua mata atas dan bawah terhasil sedikit gegaran apabila suis on/off mesin di petik ketika  di gunakan.Untuk menetapkan kuasa pada peralatan yang di gunakan anda perlulah menggerakkan sendiri landasan untuk menukar tetapan penyelarasan .Terdapat skru yang di perbuat dari plastic yang perlu di putarkan dengan menggunakan duit syiling nipis untuk mengurangkan getaran pada mesin ketika di gunakan sehingga bersesuaian jika perlu.
Sekiranya anda membuat pusingan mengikut arah pusingan jam akan mengeluarkan bunyi yang kuat dan sekiranya melawan arah jam akan mengurangkan bunyi yang kuat tadi.Pastikan anda melaraskan kuasa mengikut keselesaan anda .

MENETAPKAN PANJANG PEMOTONGAN
1-Dengan menolak suis pelarasan di tepinya panjang pemotongan boleh di laraskan dengan senang walaupun semasa di gunakan.
2-Pemotongan juga boleh di lakukan dengan menggunakan sikat tambahan bergantung pada setiap model  mesin yang di bekalkan pada setiap mesin .
 #1(3mm)  #2(6mm)  #3(10mm)  #4(13mm).
Manakala sikat –sikat tambahan  pula bergantung kepada model keluaran  contohnya
#5(16mm) #6(19mm) #7(22mm) #8(22mm) boleh di dapati sebagai aksesori tambahan anda.

CARA MENJAGA PERTALATAN SEKIRANYA SELESAI MENGGUNAKANNYA.
1-Setelah selesai menggunakan peralatan,bersihkan menggunakan sikat   pembersih .
2-Jangan celup kan peralatan dengan air.
3-Jangan menggunakan pelarut atau bahan penggosok untuk membersihkan peralatan .
4-Untuk mendapatkan potongan agar sentiasa baik ,penting minyak mesin di letakkan pada mata pemotong.
5-Jika kerja pemotongan menurun setelah penggunaanlama meskipun telahlakukan pembersihan pada alatan ,ini bermakna mata pisau pemotong perlulah diganti.

6-Gunakan pelindung untuk mata pisau ketika peralatan tidak di gunakan dan selalulah simpan peralatan dengan pelindung pisau yang terpasang.
CARA MENUKAR MATA MESIN RAMBUT



















LAIN-LAIN MATA MESIN



BERKENAAN DENGAN PENJAGAAN MATA MESIN PULA HENDAKLAH SENTIASA DI BERSIHKAN MENGGUNAKAN BERUS KHAS SELEPAS DI GUNAKAN DAN SELEPAS ITU DI LETAKKAN MINYAK MESINSEBELUM DI SIMPAN. KEBIASAAN MINYAK PADA MATA MESIN AKAN KERING SEMASA SESI PENGGUNTINGAN DI LAKUKAN .KEADAAN INI AKAN MENYEBABKAN MATA MESIN MENJADI PANAS SEKIRANYA TERLALU LAMA DI GUNAKAN.UNTUK PENJAGAAN MATA SUPAYA TAHAN LAMA ANDA PERLULAH MENJAGANYA DARI PERINGKAT AWAL LAGI.






CERMIN                                                                                                                                                
 a - Cermin di kedua-dua bahagian ini penting untuk pelanggan melihat keadaan rambut yang
     sedang di potong atausetelah selesai di potong.
 b- Pastikan cermin sentiasa dalam keadaan bersih untuk di lihat pelanggan.Keadaan cermin          yang kotor akan mencacatkan pandangan.












                                           

Setelah anda selesai menggunting rambut pelanggan ,pastikan sikat di bersihkan terlebih dahulu sebelum di guna kembali untuk pelanggan yang lain. Ini kerana terdapat saki-baki rambut terlekat di celah- celah sikat. Pelanggan tidak akan selesa sekiranya sikat berkeadan sedemikian.pastikan ini di ambil berat.



  JENIS BARANG UNTUK MEMBUKA KEDAI GUNTING RAMBUT



Jenis kerusi gunting ini  banyak di gunakan oleh penggunting rambut.Ianya ringan dan boleh di pisahkan diantara tempat duduk dengan kaki kerusi.mudah di bawa dalam kereta. Dengan menggunakan kerusi jenis ini sudah memadai. Kerusi jenis ini sekitar harga ratusan ringgit. Kesemua kerusi gunting rambut mempunyai fungsi dan tujuan yang sama untuk kegunaan keselesaan pelanggan.Terpulang kepada anda di dalam memilih pilihan kerusi serta mengikut kemampuan anda.Sekiranya mampu anda boleh membuat pilihan yang lebih baik dan yang bermutu tinggi.

Terdapat pelbagai jenis kerusi khas untuk kedai gunting rambut .Untuk kegunaan dewasa lelaki kebiasaannya menggunakan kerusi jenis seperti di bawah.Terdapat perbezaan pada kerusi. Kepada yang mementingkan mutu dan gaya untuk identiti sebagai gunting rambut BARBER akan memilih kerusi yang nampak lebih berketerampilan di dalam kedai mereka Di bawah ini terdapat kerusi yang menjadi pilihan kedai gunting rambut lelaki.

   Kerusi ini terdapat di pasaran .Anda perlu menggunakan kerusi khas seperti ini  kerana untuk keselesaan pelanggan dan anda sendiri semasa menggunting rambut pelanggan.Sekiranya kerusi yang anda sediakan semasa proses kerja-kerja gunting di lakukan sedikit sebanyak boleh mengganggu proses tugas anda.ini kerana keadaan yang tidak selesa memberikan kesan kualiti yang kurang memuaskan.



Kerusi jenis ini terdapat di kedai -kedai salon wanita. Kerusi ini hanya boleh di laras untuk ketinggian semasa proses menggunting rambut.Sesuai bagi kedai salon.



Ini adalah kerusi untuk kegunaan kanak-kanak yang biasanya di letakkan pada kerusi dewasa .Juga terdapat pelbagai pilihan.Berbeza pada reka bentuk tetapi mempunyai tujuan yang sama di dalam pengguntingan rambut.















  
Memilih peralatan seperti gunting rambut adalah satu perkara utama kerana perniagaan
anda adalah perniagaan gunting rambut.Gunting adalah merupakan salah satu lambang kepada perniagaan BARBERSHOP itu sendiri.Terdapat dua jenis gunting iaitu gunting jenis mata biasa dan satu lagi jenis mata bergerigi yang terkenal dengan nama gunting layer. Gunting layer ini di gunakan untuk menipiskan rambut yang agak tebal supaya tipis dan gunting mata biasa pula bertujuaan membuat pemotongan rambut ketika kekemasan rambut di buat.
















BERUS PENCUKUR
Kepada anda yang  kali pertama mempunyai berus pencukur tahniah di ucapkan.Ada pelbagai jenis berus pencukur yang terdapat di pasaran .Dan perbezaan pada  setiap berus pencukur  adalah pada berusnya.Ada yang lembut,sederhana lembut dan kebanyakan terdapat pelbagai bentuk atau warna.Admin ingin berkongsi cara penggunaan berus  ini .Berus ini di reka cipta untuk kegunakan kedai gunting rambut dan di gunakan sebagai peralatan sebelum proses pencukuran di lakukan.
 Untuk penggunaan kali pertama
Apabila anda hendak melakukan pencukuran ,gunakan berus pencukur bersama bahan pembuih dan di sapukan pula pada tempat yang hendak di cukur.
Setelah selesai menggunakan berus ini hendaklah di bersihkan .Berus yang tidak di bersihkan akan memberikan bau yang agak kurang menyenangkan.Jagalah kebersihan peralatan anda.











PISAU CUKUR ( MATA PISAU PAKAI BUANG )





Pisau cukur ini matanya boleh di tukar ganti.Sangat selamat di gunakan kepada pelanggan untuk mengelakkan jangkitan penyakit akibat luka pada kulit pelanggan (penyakit yang boleh berjangkit melalui darah)

Sekiranya anda mahu menukar mata pisau lipat,di sini akan di tunjukkan bagaimana caranya .
Lihat pada gambar di bawah.Perhatikan pada sudut bawah terdapat garisan yang berfungsi sebagai alat untuk mengeluarkan mata pisau yang sedia ada pada pisau lipat.




Ini adalah lokasi tapak untuk mata pisau setelah proses menolak keluar terhasil


 Tanggalkan mata pisau lama untuk di ganti dengan yang baru.





Antara jenis mata pisau yang di gunakan sebelum di belah kepada dua bahagian


 Hasil potongan ini akan di letakkan pada tapak pisau bagi menggantikan mata pisau yang telah di keluarkan tadi

Setelah melalui proses pemasangan mata pisau yang baru ,tolak kembali tapak mata pisau seperti sediakala. Selesailah proses tukar mata.




CARA MEMEGANG PISAU LIPAT 




















Mata pisau yang biasa di gunakan sebagai mata yang boleh tukar ganti pada pisau untuk gambar di atas.



PISAU CUKUR ( MATA PISAU TIDAK BOLEH TUKAR )

Pisau cukur ini boleh juga di gunakan tetapi sebagai tukang gunting rambut,saya tak manggalakkan anda semua mengunakkan nya ke atas pelanggan kerana risikonya besar untuk jangkitan penyakit..Jika di gunakan untuk individu sahaja tak apa.





Hair dryer  kebiasaan di gunakan oleh penggunting rambut untuk membuang saki baki rambut yang terlekat pada pakaian pelanggan atau kulit pelanggan.Pastikan menggunakan angin sejuk dan bukan angin panas.Kedua-duanya mempunyai peranan kegunaan yang berbeza.Angin panas  yang terhasil pada hair dryer kebiasaannya di gunakan untuk pengeringan rambut ketika basah.




Gambar di atas adalah salah satu berus lembut yang di gunakan untuk membuang saki-baki rambut yang melekat pada pelanggan setelah pengguntingan di lakukan kepada pelanggan.Berus ini juga perlu bagi anda yang terlibat di dalam pengguntingan rambut.Meterial bulu pada berus yang lembut ini tidak memberikan kesan rasa sakit pada kulit pelanggan apabila di gosokkan pada kulit.





TUALA KECIL
Tuala kecil di gunakan setelah kesemua proses pemotongan rambut selesai.Penggunaan tuala ini dapat memberikan 90 peratus kebersihan kepada pelanggan .Kebanyakan penggunting rambut menggunakan tuala semasa memberi perkhidmatan kepada pelanggan.


BEDAK
MODAL
Modal  memainkan peranan yang paling utama dalam perniagaan. Jika anda tiada modal sukar untuk anda melaksanakan langkah seterusnya.Modal yang kecil atau besar akan mengukur sejauh mana kemampuan anda dalam perniagaan dan lambat atau cepat untuk anda mengumpul aset di dalam perniagaan.Perniagaan juga sebenarnya satu seni perlukan imaginasi untuk menyusun strategi di awal usaha anda di masa ini dan masa akan datang.Dari mana sumber modal yang akan anda gunakan untuk memulakan  perniagaan  memainkan peranan penting untuk perkembangan perniagaan anda di masa akan datang.Modal yang di tambah berdasarkan keuntungan akan merancakkan ekonomi perniagaan anda.

LANGKAH AWAL UNTUK BERJAYA

Sebelum menceburi bidang perniagaan ,pelbagai tanggapan bermain di fikiran anda.Keuntungan,kerugian yang bakal anda hadapi.Setiap tindakan atau keputusan adalah penentu  jalan kehidupan yang akan anda lalui serta risiko yang bakal anda tanggung.Perniagaan umpama rakan baru anda yang baru .Perniagaan umpama sahabat yang akan membantu anda anda pula adalah sahabat yang akan membantu kepada perniagaan anda. Sebarang masalah akan di kongsi bersama-sama.Pastikan hubungan ini di jaga sampai bila-bila.Jika tidak di jaga dari mula pasti perniagaan anda tidak kemana.Peluang anda untuk berjaya juga tiada

Uruskan masa anda sebaik -baiknya.
Sebelum anda memilih kerjaya ini ,pastikan anda ada ilmu asas serba sedikit mengenai rambut.Sekiranya anda mahu memulakan terus perniagaan anda membuka perniagaan ini pasti anda akan menghadapi masalah -masalah yang di luar dugaan.Bagi mengelakkan ianya berlaku anda di nasihatkan mencari seberapa banyak maklumat tentang perniagaan ini.

Urus Pendapatan Anda
Uruskan wang masuk dan wang keluar perniagaan anda secara bijak.Anda boleh memulakan perniagaan kedai gunting rambut mengikut kemampuan modal yang ada. tidak semestinya dengan mempunyai kelengkapan yang lengkap saja perniagaan gunting rambut ini dapat di mulakan.Yang paling utama ilmu pengetahuan menggunting yang boleh membawa anda ke arah masa depan seiring dengan peningkatan pelanggan yang datang ke kedai anda.Sekiranya anda baru dalam pengurusan  perkhidmatan pengurusan berkenaan pendapatan perlu sentiasa di titik beratkan.

Bijak menggunakan wang dalam membezakan di antara keperluan perniagaan atau kehendak yang boleh memberi keuntungan atau kerugian.

Utamakan pembelian barang yang boleh menjana pendapatan anda jika anda mahukan pendapatan tanpa di duga. Tahukah anda setiap barang yang anda miliki mempunyai pulangannya yang tersendiri. ramai diantara kita terlepas pandang dalam aspek ini. Jika anda seorang yang berminat untuk menjadi seorang peniaga di dalam perkhidmatan gunting rambut lebih baik anda memikirkan apa yang saya katakan ini supaya anda akan lebih bijak dalam pengurusan pembelian barangan .Membeli sesuatu barangan untuk memulakan atau menambah peralatan kedai anda memerlukan perancangan awal kerana ianya melibatkan pengeluaran wang.Tanpa perancangan anda akan mengalami risiko pengeluaran wang melebihi pendapatan.Beli barang yang berkualiti untuk perniagaan anda untuk jangka masa panjang biarpun harga adalah tinggi kerana ia mempunyai nilai pulangan yang berbaloi jika di gunakan setiap hari.

KERJAYA MENGGUNTING RAMBUT MASA KINI
Bagi mereka yang telah pun membuka kedai gunting rambut teruskan usaha anda dan bagi yang belum teruskan semangat anda untuk mempelajari bidang ini hingga ke penghujungnya kerana kejayaan menanti anda..



PERTANDINGAN BARBER BATTEL YANG TERDAPAT DI MALAYSIA 
KATEGORI YANG DI PERTANDINGKAN DI DALAM

"BARBER BATTEL"
CLASSIC CUT
POMPADOUR
FASTEST FADE
CREATIVE FREESTYLE

STYLES
CLASSIC CUT


"BARBER BATTLE MALAYSIA"


1 comment:

  1. Halo, saya Helena Julio dari Ecuador, saya ingin berbincang dengan baik mengenai Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian mengenai topik ini. Perkhidmatan Pembiayaan FundingLe_Meridian memberi saya sokongan kewangan ketika semua bank di kota saya menolak permintaan saya untuk memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD, Saya cuba semua yang saya dapat untuk mendapatkan pinjaman dari bank saya di sini di Ecuador tetapi mereka semua menolak saya kerana kredit saya rendah tetapi dengan rahmat tuhan saya mengetahui tentang Le_Meridian jadi saya memutuskan untuk mencuba untuk memohon pinjaman. dengan Insyaallah mereka memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD permintaan pinjaman yang bank saya di sini di Ecuador telah memalingkan saya kerana, ia benar-benar hebat melakukan perniagaan dengan mereka dan perniagaan saya berjalan lancar sekarang. Berikut ialah Penyertaan E-mel Le_Meridian Pelaburan / WhatsApp Hubungi jika anda ingin memohon pinjaman dari mereka.Email:lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.comWhatsApp Hubungi: + 1-989-394-3740.

    ReplyDelete